in ,

Empat Filem Animasi Menghiburkan Disiarkan Berturut-Turut di TV2

Menghiburkan pukul 2.00 petang anda di TV2, luangkan masa menyaksikan empat filem filem animasi yang dipilih oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengisi slot School Break Special khas untuk penonton setia salurannya seisi keluarga.

Bermula dengan tayangan filem “Chicken Little” (12 September 2016), “Yogi Bear” (13 September 2016), “Gladiators : The Conspiracy” (14 September 2016) dan “Niko 2 : Little Brother, Big Trouble” (15 September 2016).

Yogi-Bear-movie-poster

Empat Filem Animasi Menghiburkan Disiarkan Berturut-Turut Di TV2

Riuh rendah aksi seekor ayam yang comel apabila muncul makhluk asing di bumi mewarnai plot filem “Chicken Little”. Sesuai ditonton oleh seisi keluarga terutama kepada kanak-kanak kerana ia membawakan mesej yang positif kepada mereka. Kisahnya bermula apabila watak seekor ayam dikenali Chicken Little cuba membuktikan bahawa walaupun mempunyai bentuk tubuh yang kecil namun itu tidak akan menjadi alasan untuk berjaya.

Ini semua terjadi apabila Chicken Little telah mendapat petanda bahawa langit akan runtuh dan telah menjadi satu bandar kacau bilau tetapi pada hakikatnya tiada apapun yang berlaku.

Selepas kejadian itu yang memalukan keluarganya lebih-lebih lagi ayahnya, Chicken Little berusaha untuk memulihkan semula keadaan dengan melakukan sesuatu yang boleh membanggakan ayahnya. Apakah yang dilakukan makhluk comel itu?




Sementara itu filem“Yogi Bear” yeng meminjam suara aktor terkenal Dan Aykroyd dan Justin Timberlaku mengisahkan Yogi dan musuhnya, Boo Boo adalah pengacau paling terkenal Jellystone Park. Begitu juga Ranger Smith. Tetapi apabila Datuk Bandar Brown mengumumkan rancangannya untuk menjual Jellystone Park kepada pembalak, Yogi, Boo Boo dan Ranger Smith mesti bergabung tenaga untuk menyelamatkan tapak perkhemahan kesayangan mereka daripada ditutup untuk selama-lamanya.

Diikuti tayangan “Gladiators : The Conspiracy” yang mengangkat kisah Maharaja Adrian sudah tua dan sakit. Dia memilih cucunya Marcus, anak kepada Domitia sebagai pewaris takhta. Catilius, penasihat Adrian yang jahat mahu membunuh kanak-kanak itu untuk mengambil tempat sebagai maharaja.

Dalam filem “Niko 2 : Little Brother, Big Trouble”, menggunakan suara latar Erik Carlson, Mikko Kivinen, dan Vuokko Hovatta, kejadian berlaku betul-betul sebelum Krismas, rusa Niko mesti berurusan untuk memastikan ibunya berkahwin semula dan dia sedang ditugaskan untuk menjaga adik tirinya.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Single Terbaru Anuar Zain ANDAINYA TAKDIR Viral di Laman Sosial

Gambar Sekitar Majlis Perkahwinan Nazim Othman & Bella Dally