in ,

Empat Episod Khas Majalah 3 Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia

Program dokumentari TV3, Majalah 3 tidak pernah menghampakan penonton setianya dengan dokumentari yang membawakan pelbagai kisah Malaysia dari aspek kemanusiaan, budaya, makanan, teknologi, sukan dan alam sekitar.

Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Majalah 3 membawakan 4 episod khas secara eksklusif bermula 21 Ogos 2023, setiap hari Isnin, 9.00 malam di TV3 dan strim langsung HD di www.tonton.com.my 

Menurut Penerbit Kanan Majalah 3, Christine Lee Mei Chin, “Istimewa buat tontonan ramai di bulan kebangsaan, Majalah 3 memaparkan 4 episod khas untuk menaikkan semangat patriotisme rakyat Malaysia. Barisan wartawan Majalah 3 yang berpengalaman bakal menelusuri kisah-kisah menarik yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia. Kami amat berterima kasih kepada semua pihak yang memudahkan urusan kru Majalah 3 dari peringkat menjalani penyelidikan, mencari informasi, proses penggambaran sehinggalah pasca penerbitan. Ribuan terima kasih atas bantuan dan kepercayaan yang diberikan kepada kru Majalah 3 untuk meneruskan misi kami menghasilkan dokumentari terbaik buat tatapan umum.”

Kapal Jepun Nichi Asu Maru (1)

“Istimewa di bulan kebangsaan Malaysia, Ikuti kisah di sebalik tabir penganjuran acara bertaraf dunia iaitu Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi, LIMA’23 pada 21 Ogos, menjejak khazanah negara di samudera ataupun belantara pada 28 Ogos, mengetengahkan aneka masakan berperisa pedas dalam kuih muih dan lauk pauk yang menyatukan rakyat negara ini pada 4 September serta kisah di sebalik tabir pembinaan menara Merdeka 118 pada 11 September 2023,” tambah beliau lagi. 

Berikut ialah sinopsis bagi 4 episod khas tersebut.

Tarikh siaran: 21 Ogos 2023

Acara bertaraf dunia Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi, LIMA’23 kembali menggegarkan negara selepas tergendala beberapa tahun akibat pandemik COVID-19. Ketika penggambaran, wartawan bertugas Zerry Francis dan Nor Izzati Lockman bersama kru telah diberi akses khas mendekati pelbagai pesawat dan kapal dari luar negara, serta latihan persiapan daripada pelbagai agensi penguatkuasa Malaysia. 

LIMA _23 (1)

Tarikh siaran: 28 Ogos 2023

Majalah 3 ingin mengajak penonton untuk mengikuti kisah komitmen segelintir rakyat Malaysia menjejak khazanah berkaitan sejarah negara baik di samudera, mahupun belantara bagi menghayati nilai sejarah secara dekat.

Kapal Jepun Nichi Asu Maru (4)

Wartawan bertugas liputan ini Mohd Rose Abdullah dan Nur Aishah Al-Husna Ramli perlu menempuh laut dalam dan kawasan pergunungan bersama kru bagi merakam penemuan penjejak berkenaan terhadap Kapal Nichi Asu Maru, sebuah kapal Jepun yang membawa minyak pesawat yang karam ditembak British dalam perjalanan ke Sabah dan Sarawak pada 1960. Mereka juga menjejaki rangka helikopter jenis Bristol milik tentera Amerika Syarikat, yang difahamkan terhempas pada 1957 di belantara Malaysia.

Tarikh siaran: 4 September 2023

Bertepatan dengan tema kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia iaitu Manis Pahit Bersama, episod ini mengetengahkan tema makanan berperisa pedas dalam kuih muih dan lauk pauk yang menyatukan rakyat negara ini. Ikuti laporan wartawan bertugas Asyraf Naqiuddin Samsuri mengecapi pelbagai menu masyarakat Melayu, Cina dan India yang menyerlahkan perpaduan semua kaum ini.

Menara Merdeka 118 (1)

Tarikh siaran: 11 September 2023

Majalah 3 memaparkan kisah di sebalik tabir pembinaan menara Merdeka 118 yang kini pencakar langit kedua tertinggi di dunia dan tertinggi di Asia, yang membawa nama Malaysia ke persada dunia. Wartawan bertugas Zerry Francis bersama kru telah mengambil masa setahun mengikuti proses pembinaan fasa akhir menara ini dan kemuncaknya satu kejutan akan dibuat pada 31hb Ogos.

Menara Merdeka 118 (2)

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan 4 episod khas Majalah 3 bersempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bermula 21 Ogos 2023, setiap hari Isnin, pukul 9.00 malam dan anda juga boleh strim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AMELIA HENDERSON

Reputasi Amelia Henderson Tercalar Dicop Sebagai Keras Kepala & Sombong

Produksi ‘Rivers In The Sky’ Saksikan Masakini Theatre Company Bergabung