in

Empat Drama Terhebat Yang Buat Korang Terpaku di Depan TV Sepanjang Julai Ini

INILAH EMPAT DRAMA YANG AKAN MEMBUAT RAKYAT MALAYSIA TERPAKU DI HADAPAN TELEVISYEN SEPANJANG BULAN JULAI

Dengan drama-drama bulan Syawal hampir tamat, TV3 dan ntv7 akan memperkenalkan barisan drama baharu untuk tontonan umum. Drama-drama yang terdiri daripada genre-genre yang pelbagai, para penonton pasti akan dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan kualiti dirumah.

Inai Yang Hilang

ntv7: Inai Yang Hilang
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Jumaat, bermula Isnin, 25 Jun 2018
Masa Siaran : 8.30 malam – 9.30 malam
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
Pelakon : Kaka Azraff, Aishah Azman, Ben Amir, Ikmal Amry, Syainie Aida, dan Dynas Mokhtar

SINOPSIS
Sebuah keluarga yang sedang gembira tentang khabar anak sulung mereka, Sara akan mendirikan rumah tangga bersama teman lelakinya, Wan Jamil. Setelah malam berinai, Sara seperti gusar dan ingin memberitahu sesuatu kepada adiknya, Ika. Namun, tidak berkesempatan untuk memberitahu Ika, Sara dan Wan Jamil telah hilang dari rumah pada keesokan harinya. Suasana rumah itu huru hara kerana panik dengan kehilangan pasangan pengantin itu. Mulai hari itu, setiap orang menjadi suspek siasatan pencarian Sara dan Wan Jamil. Dapatkah Sara ditemui di akhir cerita ini?

Pengantin 100 Hari

TV3: Samarinda : Pengantin 100 Hari
Tarikh Siaran : Setiap Isnin hingga Rabu, bermula 25 Jun 2018
Masa Siaran : 10.00 malam – 11.00 malam
Pengarah : Amor Rizan
Produksi : Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Pelakon : Amelia Henderson, Aiman Hakim, Aishah Azman, Zila Bakarin, Edika Yusof, Dato Rahim Razali, Jasmine Suraya

SINOPSIS
Puan Yasmin setuju anaknya, Amar berkahwin dengan Sofia dengan syarat selepas ini Amar mesti ikut apa sahaja kehendaknya. Selepas sebulan, Puan Yasmin memaksa Amar berkahwin dengan Erina. Sofia rasa dikhianati dan meninggalkan Amar. Amar melayan Erina dengan buruk dan mahu menceraikannya. Erina yang mahu merasai kehidupan sebagai isteri Amar meminta mereka bercerai hanya selepas 100 hari pernikahan. Amar ditimpa musibah ketika mencari Sofia dan dia mandul. Tidak mahu Sofia menderita, Amar menceraikan Sofia. Sofia pula merahsiakan kehamilannya. Sofia bangkit demi anaknya dengan membuka butik hadiah dari Puan Yasmin yang mengalami gangguan jiwa. Erina sudah tahu Amar ada anak dengan Sofia dan enggan berkahwin semula dengan Amar kerana dia hanya mahu menjadi isteri Amar selama 100 hari sahaja.

Shah dan Zam

TV3: Iris: Shah & Zam
Tarikh Siaran : Setiap Isnin hingga Khamis, bermula 25 Jun 2018 – 25 Julai 2018
Masa Siaran : 6.30 petang – 7.00 petang
Pengarah : Jamal Khan
Produksi : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
Pelakon : Faiz Tapaw, Zee Tokan, Aliff Yashraf, Bell Ngasri, Nadia Brian, Nadiyah Shahab

SINOPSIS
Zam dan Shah merupakan dua sahabat yang kurang cemerlang dalam pelajaran. Sejak di bangku sekolah lagi, mereka berada di kelas paling corot, menyusahkan cikgu, dan menjadi musuh guru disiplin. Disebabkan keputusan SPM yang tidak cemerlang, tiada universiti yang mahu menerima permohonan mereka. Justeru, mereka mahu membuktikan kepada orang kampung, walaupun hanya berkelulusan SPM, mereka mampu berjaya dan menjadi jutawan. Oleh itu, mereka mula lakukan pelbagai jenis pekerjaan, tetapi setiap pekerjaan yang dilakukan mereka gagal kerana masalah mereka sendiri. Dapatkah Shah dan Zam membuktikan kejayaan mereka kepada warga kampung mereka dan menjadi jutawan?

Jangan Benci Cintaku

TV3: Akasia: Jangan Benci Cintaku
Tarikh Siaran : Setiap Isnin hingga Jumaat, bermula 29 Jun 2018 – 7 Ogos 2018
Masa Siaran : 7.00 petang – 8.00 malam
Pengarah : Pali Yahya
Produksi : Suhan Movies
Pelakon : Saharul Ridzwan, Zahirah MacWilson, Izzue Islam, Niena Baharun, Daler Yusof & Amelia Henderson

SINOPSIS
Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal merupakan aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang langsung tidak bersedia untuk memberi komitmen sepenuhnya dan sering menganggap bahawa perkahwinan adalah satu beban. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan memenangi hati suaminya semula.

Saksikan drama-drama hebat TV3 dan ntv7 sebagai sebuah aktiviti berkualiti keluarga anda dan gunakan tanda pagar #dramasangat untuk meriuhkan perbualan di laman sosial.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celcom Perkenal Peranti Keselamatan Peribadi Pertama di Malaysia

Dayah Bakar Selamat Nikah