in , ,

Elrah Exclusive Sasar Empat Kali Ganda Jualan, Lantik Beto & Sharnaaz Jadi Duta

Mendekati Ramadan ini, nampaknya semakin banyak jenama fesyen tempatan yang sudah mula menjual koleksi baju Melayu untuk digayakan pada Syawal 2024 ini.

Jenama baju melayu popular, Elrah Exclusive meluaskan lagi empayar perniagaan dengan perasmian butik mewah busana baju melayu di Shoppes at Four Seasons Place. Pelancaran cawangan ini juga akan membuka tirai kemeriahan koleksi baju melayu bagi sambutan Aidilfitri 2024.

Tidak ketinggalan Elrah Exclusive turut memperlihatkan sekitar 6 koleksi baju Melayu yang merangkumi Baju Melayu Luxe Teluk Belanga, Baju Melayu Ultimate 2.0, kurta klasik eksklusif, jubah eksklusif, koleksi baju Melayu kanak-kanak dan sampin Elrah.

Pada tahun 2024 ini, Elrah Exclusive telah mengambil Beto Kusyairi dan juga Sharnaaz Ahmad sebagai duta jenama. Dengan perlantikan dua selebriti ini, mereka menjangkakan pertambahan permintaan untuk koleksi baju Melayu mereka.

BETO KUSYAIRI ELRAH

Menurut El Azman, yang merupakan pengasas Elrah Exclusive, sebanyak 2.7 juta helai baju telahpun dikeluarkan bagi menyambut Ramadan dan Syawal ini. Dan jumlah ini telah meningkat kira-kira 4 kali ganda berbanding tahun lepas iaitu sekitar 600,000 helai sahaja.

Malah, apa yang menarik juga, rentetan dengan pengambilan Beto Kusyairi sebagai duta, permintaan untuk Baju Melayu Luxe Teluk Belanga turut menjadi pilihan ramai – bilangan pengeluaran adalah sekitar 250,000 helai untuk tahun 2024, manakala hanya 100,000 helai sahaja pada tahun 2023 sebelum ini.

Menurut pengasas jenama Elrah Exclusive, Mohd Hilmi Che Azman atau mesra dengan panggilan El Azman, dia mensasarkan jualan empat kali ganda pada tahun 2024 memandangkan sambutan yang diterima pada tahun lalu cukup memberangsangkan. Malah pemilihan dua figura popular, Beto Kusyairy dan Sharnaaz Ahmad sebagai duta dijangka mampu melonjakkan jualan.

“Alhamdulillah tahun lepas kami berjaya memperoleh RM170 juta untuk jualan Ramadan sahaja. Di pasaran Thailand sahaja jualan kami RM49 juta. Kami mensasarkan pulangan empat kali ganda daripada tahun lepas dan sebab itu kami gandakan produksi baju Melayu untuk pasaran Malaysia, Thailand dan Singapura. Jumlah keseluruhan baju Melayu untuk tahun ini ialah 2.7 juta,”

– Mohd Hilmi Che Azman
BETO KUSYAIRI ELRAH

Memperkenalkan dua selebriti popular tanah air, Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy sebagai duta rasmi jenama, jelas El, pemilihan dua figura itu bersesuaian dengan imej ‘gentleman’ yang dibawa.

“Kami meminang Beto pada 2023 setelah produksi baju Melayu siap sepenuhnya dan Alhamdulillah rezeki kami. Beto merupakan wajah baju Melayu Teluk Belanga Luxe dan permintaannya meningkat cukup memberangsangkan. Manakala untuk Sharnaaz, saya memilihnya wajah Baju Melayu Ultimate kerana jambang dan karakternya. Saya telah menjadi model Elrah selama sembilan tahun dan mahu berhenti. Jadi Sharnaaz sebagai pengganti,”

– Mohd Hilmi Che Azman

Di dalam acara pelancaran Koleksi Syawal Elrah Exclusive juga, El Azman turut menyatakan bahawa selain Malaysia, antara pasaran pembeli koleksi baju Melayu Elrah yang semakin meningkat termasuklah Thailand dan Indonesia.

SHARNAAZ AHMAD ELRAH

Bagi negara Thailand sahaja, ia telah menyumbang kira-kira RM40.9 juta jualan bagi tahun 2023 – jumlah pendapatan jualan keseluruhan adalah sebanyak RM170 juta untuk bulan Ramadan sahaja.

Khas untuk Syawal 2024, apa ditawarkan Elrah Exclusive adalah koleksi baju Melayu Rahmah yang menawarkan set baju Melayu yang lengkap bersama sampin dan butang baju – dijual pada harga RM159. Manakala untuk kurta eksklusif pula, harga jualan yang ditawarkan adalah pada RM99 sehelai. Harga bagi set baju Melayu pula dijual pada harga bermula RM189.

SHARNAAZ AHMAD ELRAH

Bersama-sama dengan pengenalan koleksi baju Melayu 2024, Elrah Exclusive turut mengumumkan pembukaan cawangan baharu yang terletak di Shoppes at Four Seasons Kuala Lumpur.

Lokasi ini boleh dikatakan terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur – dan pemilihan lokasi ini adalah disebabkan kawasannya yang strategik dan premium yang mana ia memudahkan pelanggan untuk mencari keperluan Syawal lebih-lebih lagi baju Melayu.

SHARNAAZ AHMAD ELRAH
BETO KUSYAIRI ELRAH

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fesyen Pagi Raya Hatta Dolmat Pamer 81 Koleksi Luxe & RTW Yang Selesa

Suara Ali Hilang, Kugiran Masdo Harapkan Keajaiban di Malam AJL38