in ,

Ella Terbang Bersama Suami Bikin Muzik Video ISTIMEWAH di London

Semalam, Budiey dapat peluang untuk turut sama terbang mengikuti trip bersama Ella ke London bagi merakam sebuah muzik video single terbaru Ella berjudul ISTIMEWAH.

Rombongan kami terbang dengan penerbangan MAS yang menaja penerbangan kami pergi dan balik KL – London dengan layanan Business Class yang cukup selesa dan mesra sekali. Terima kasih MAS kerana menjadi penaja trip ini.

Ella Dan Suami

Khabarnya, Ella akan mencari seorang model Mat Salleh untuk tampil dalam muzik video beliau kali ini. Mulanya, Budiey ingatkan, Ella akan menampilkan suami, rupa-rupanya bukan. Seorang model akan dipilih menerusi satu proses ujibakat pemilihan.

Selain merakam muzik video ISTIMEWAH, Ella juga akan mengadakan satu persembahan istimewa di London pada 23 Mei ini di Melur Malaysian Restaurant, 175A Edgware Road, London w2 1ET. Budiey difahamkan persembahan Ella ini adalah khas buat pelajar Malaysia dan juga peminat Ratu Rock Malaysia itu yang tinggal di kota metropolitan itu.

“Jadual saya agak padat kerana bukan sahaja perlu mengadakan persembahan malah turut membuat muzik video di sana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ella bakal muncul dengan album barunya yang kini masih 40 peratus dalam pembikinan dan dijangka bakal keluar selepas Aidilfitri ini.

20150520_080227_001

20150520_092311

20150520_071645

20150520_092510

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pameran Dua Dekad DreamWorks Animation di ArtScience Museum

Who Will Become Asia’s Next New Food Hero?