in ,

Siti Elizad Lancar Single Pertama Berjudul HAIYAYA

Nak ucapkan tahniah buat Siti Elizad di atas pelancaran single pertama!

Elizad Sharifuddin, atau nama sebenar beliau Siti Elizad Mohd Sharifuddin merupakan seorang pelakon, pengacara dan model di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya seni lakonannya sejak tahun 2004 dalam filem BERLARI KE LANGIT.

Pada awal tahun 2016, Elizad mengambil bahagian di dalam Gempak Superstar, sebuah siri tv realiti berkonsep pelakon yang juga ada bakat menyanyi di mana beliau muncul sebagai juara.

Elizad Sharifuddin

Elizad Sharifuddin Lancar Single Pertama Berjudul HAIYAYA

Elizad masih lebih gemar berlakon. Namun memang menjadi hasrat beliau dari kecil untuk menyanyi & mengeluarkan lagu sendiri. Menamatkan penantian beliau & juga peminat-peminat beliau, Elizad kini muncul dengan single pertama beliau berjudul Haiyaya.

Kisah lagu Haiyaya serba sedikit ada mengisahkan tentang perjalanan seni Elizad di mana di dalam lirik lagu ini, ada menyatakan bahawa tidak salah untuk seseorang bermimpi untuk mengejar impian mereka dan ini selaras dengan perjalanan Elizad yang menjadi pelakon dan pada masa yang sama minat menyanyi.

Elizad Sharifuddin

Berkat usaha keras beliau, mimpi beliau itu kini menjadi realiti. Lagu Haiyaya bertujuan untuk menginspirasikan orang ramai supaya terus mengejar impian mereka & tidak berputus asa walaupun sebesar mana rintangan.

Elizad Sharifuddin merupakan seorang artist di bawah naungan Paranormal Records Sdn Bhd, sebuah Label Rakaman & syarikat Pengurusan Bakat yang masih baru namun tidak lagi asing di Malaysia. Paranormal juga menguruskan artist lain seperti Elizabeth Tan, Ayda Jebat & Daiyan Trisha.

Good luck dan semoga terus sukses, Elizad!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PUMA Announces AdvoCAT

Lirik Lagu Elizad Sharifuddin – HAIYAYA