in ,

Elizabeth Tan Teruja Belajar Gusti Demi Menjayakan Watak dalam Filem GILA GUSTI

Nampak saja luaran lemah lembut oragnya, ramai yang tidak tahu penyanyi dan pelakon Elizabeth Tan minat mendalami seni pertahanan diri. Terbaharu, Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzie bakal berlakon dalam filem aksi Gila Gusti.

Walaupun tidak banyak babak dalam filem tersebut, Lizzie tetap rasa teruja kerana filem tersebut mempunyai elemen pertahanan diri.

Lizzie bawa watak sebagai ”announcer’ dalam gelanggang gusti. 

“Saya bukan heroin dalam filem ini kerana ia lebih kepada watak penggusti. Saya terima watak ini kerana saya suka berlakon.

“Lagipun saya memang minat ‘combat sports’. Saya minat UFC (Ultimate Fighting Championship) dan MMA (Mixed Martial Arts). Saya masih lagi ke kelas MMA hampir setiap minggu.

“Ia kelas secara peribadi dan saya boleh sesuaikan masa ikut kelapangan. Berkenaan gusti, ia pengalaman pertama dan bagi saya ia sesuatu yang menghiburkan,”

– Elizabeth Tan
Elizabeth Tan Teruja Belajar Gusti Demi Menjayakan Watak dalam Filem GILA GUSTI

Beliau berkata ketika ditemui media pada sidang media pembukaan APAC Wrestling dan pelancaran filem Gila Gusti di APAC Wrestling, Kota Damansara.

Lizzie juga mengaku begitu teruja mahu memulakan penggambaran filem ini pada Januari depan bersama Syafie Naswip, Aisar Khaleed, Arley gusti Nor Phoenix Diana, pengasas gusti Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka dan ramai lagi. 

Filem terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd serta rakan penaja rasmi Quick Sent dan Quin Media itu diarahkan oleh Silver Chung dan  akan memulakan penggambaran pada awal Januari 2021.

Lizzie juga menjelaskan dia menerima tawaran ini kerana tidak bercanggah dengan jadual kerjaya dan keterujaannya terhadap gusti.

Elizabeth Tan Teruja Belajar Gusti Demi Menjayakan Watak dalam Filem GILA GUSTI

“Saya tak boleh ambil semua tawaran kerana takut bertembung dengan projek lain. Saya akan minta skrip dulu dan kalau okay dan saya sukakan wataknya, baru saya terima.

“Untuk tawaran ini, apabila dengar berkaitan gusti saya terus terima kerana saya suka pada ‘fighting’,”

Elizabeth Tan

Selain Lizzie, filem terbitan Lomo Pictures Sdn Bhd serta rakan penaja rasmi Quick Sent dan Quin Media itu turut membariskan pelakon seperti Syafie Naswip, Instafamous Aisar Khaledd, pengasas gusti Malaysia, Ayez Shaukat Fonseka dan penggusti Nor ‘Phoenix’ Diana.

Gila Gusti akan memulakan penggambaran pada awal Januari tahun depan.

Dalam perkembangan lain, Lizzy juga bakal muncul dalam dua lagi filem aksi iaitu Abang Long Fadil 3 dan Escape yang akan ditayangkan pada 2021.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Nama Siti Nurhaliza Bakal Diabadikan di Walk Of Fame Adelaide

Rahang Makin Sakit, Naim Daniel Kini Masih Berehat