in ,

Elizabeth Tan Lancar Single Terbaru SEMUA SUDAH

“Semua Sudah” merupakan single kedua penyanyi yang mesra disapa Lizzy ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Baru sahaja melancarkan single ‘Police Entry’ pada Julai lalu dan kejayaan video muzik ‘Police Entry’ menjana lebih 9 juta tontonan di Youtube, kini momentum karier nyanyian Elizabeth Tan bakal dihangatkan lagi dengan single terbarunya “Semua Sudah”.

Elizabeth Tan Lancar Single Terbaru SEMUA SUDAH
Poster Promo Lagu SEMUA SUDAH

“Semua Sudah” merupakan karya ciptaan komposer, penerbit dan rapper terkenal Alif manakala lirik pula merupakan tulisan bersama Alif dan Lizzy sendiri.

Ini merupakan pertama kali Lizzy bekerjasama dengan Alif yang sebelum ini menghasilkan banyak lagu hits untuk penyanyi terkenal tanahair seperti Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi.

Alif yang dikenali ramai menerusi gaya tersendiri dalam rentak ciptaannya, menggubah “Semua Sudah” dengan menyuntik elemen kontemporari dan rentak hip hop yang ‘catchy’.

Ditambah lagi dengan melodi yang mesra telinga dan bait-bait lirik yang menggunakan bahasa yang mudah diingati, lagu ini dijangka bakal mencuri dan mengikat perhatian pendengar.

Melalui video teaser yang dikongsikan Lizzy menerusi akaun Instagramnya, rata-rata peminat memberi respon yang positif dan teruja menantikan lagu ini dilancarkan sepenuhnya nanti.

Pemilik nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei yang sedang rancak mengukir namanya dalam bidang lakonan ini turut menyifatkan bahawa single ini merupakan karyanya yang paling digemari.

Single “Semua Sudah” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 14 Disember 2018.

LIRIK SEMUA SUDAH

setelah semua yang sudah ku alami
dulu yang dulu ku tak mengerti
kini ku lebih berani
kini ku tak akan larijika mahu
eh boleh je kau ujiselagi ku bernafas lagi
selagi ku berdiri
tak ada yang aku kesali

 

semua sudah semua sudah

nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudahsemua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudahbarang mewah mahal dan baru
tak faham motif semua itu
hidup ini cepat sangat berlalu
bagai pergerakan peluru

 

rahsia rahsia rahsia
setia setia setia
tak bermaksud apa apa why
takpun boleh tengok siapa bye

selagi ku bernafas lagi
selagi ku berdiri
tak ada yang aku kesali

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

jatuh boring dah berkali kali
namun ku masih bangun lagi
apa lagi yang ku boleh bagi
redah api juga aku sudi

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

semua sudah semua sudah
nampak pun sudah kenal pun sudah
sayang pun sudah gaduh pun sudah
semua sudah semua sudah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sabyan Gambus Kali Pertama Ke Malaysia Demi Konsert Sulung

Lil J Muncul Dengan BESTFRIEND Bersama Chaleeda