in , , ,

Video Gaun Pengantin Akhirnya Terjawab, Rupanya Elizabeth Tan & Hazama Bersatu Dalam BEKU

Nama Elizabeth Tan dan Hazama Azmi bukanlah suatu yang asing dalam industri seni Malaysia. Masing-masing berjaya membina nama sebagai anak seni yang mempunyai kerjaya cemerlang dalam muzik dan lakonan.

Elizabeth Tan yang lebih mesra disapa sebagai Lizzy ini pernah popular dengan lagu ‘Knock Knock’, ‘Police Entry’, ‘Semua Sudah’ dan kali terakhir muncul dengan karya terbaharu menerusi lagu ‘Shh’ pada tahun 2019. Manakala Hazama yang dikenali menerusi untaian lagu popularnya seperti ‘Relakan Jiwa’, ‘Penglipur Lara’, ‘Malaikat’ serta ‘Peneman’,  baharu sahaja muncul dengan single terbaharu ‘Adinda’ pada Disember tahun lalu.  Jika Elizabeth Tan cenderung ke arah genre Pop R&B, Hazama pula tampil cemerlang menerusi genre Pop Rock.

Perbezaan ini tidak menghalang kedua-dua penyanyi popular ini untuk bersatu dalam lagu.  Kini peminat seni tanahair bakal menyaksikan gandingan unik mereka menerusi sebuah lagu duet berjudul “BEKU”.

BEKU ELIZABETH TAN _ HAZAMA 1

BEKU” merupakan ciptaan bersama John Jeevasingham, Firdaus Rahmat dan Omar K.  Lirik yang ditulis oleh Firdaus Rahmat ini cuba mengangkat kisah memori cinta lama yang masih meninggalkan kesan kepada pasangan yang gagal dalam percintaan. Mengulas tentang lagu ini, Hazama berkata,

Bagi saya lagu ini bersifat universal, sebuah pengalaman yang mungkin pernah dirasai setiap daripada kita. Walaupun sudah lama terpisah, kenangan cinta lama masih terpahat dan kadangkala sehingga kini memberi kesan mendalam kepada kita.

Kali terakhir berduet dalam lagu adalah menerusi lagu ‘Setia’ bersama Faizal tahir, Lizzy yang teruja dapat bekerjasama dengan Hazama untuk duet terbaharunya ini berkata,

Jika sebelum ini saya pernah ‘cover’ lagu dia, bila dapat peluang berduet dengan Hazama ianya memberikan saya suatu pengalaman yang berbeza. Menerusi lagu ini, saya baharu menyedari gandingan vokal kami mempunyai keserasian tersendiri.”

Lagu ini memberikan pengalaman muzik berbeza buat pendengar di luar sana,” ulas Hazama pula yang turut mengharapkan lagu duet ini mendapat sambutan positif peminat.

Single “BEKU” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 5 FEBRUARI 2021

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

KENDATI Trending, Ini Sebuah Takdir Yang Tertulis Buat Amylea Azizan

TTONTHEMOVE Lupakan Sengketa, Pertaruh Muzik Trap-Kapak Melalui Single ROY