in , ,

Tahniah! Elica Paujin Juara Big Stage 2022, Bawa Pulang RM100,000

Menewaskan empat peserta lain, penyanyi Elica Paujin dinobatkan sebagai juara Big Stage 2022. membawakan dua lagu iaitu Cinta & Believer berduet bersama Hael Husaini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Beban emosi dan penghayatan jitu dalam persembahan Elica Paujin ketika mendendangkan lagu Cinta nyanyian asal, Marsha Milan di pentas akhir Big Stage 2022 di sini, malam tadi, memberi kelebihan kepada gadis Sabah itu untuk diangkat sebagai juara.

Menewaskan empat peserta lain, Elica meraih hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Menitiskan air mata di pentas, Elica sangat terharu dan berterima kasih kepada semua pihak atas kejayaannya.

“Syukur kepada Tuhan atas rezeki yang diberi. Terima kasih kepada abang Ajai dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kerana beri banyak ilmu kepada saya. 

“Juga ucapan terima kasih kepada peminat, ibu bapa dan Astro kerana memberi peluang kepada saya menyertai Big Stage 2022,”

– Elica Paujin

Selain lagu Cinta, Elica tampil bersama Hael Husaini mendendangkan lagu Believer pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Naib juara, Daniel Chuer membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi Big Stage. Daniel membawakan lagu Hilang Naluri manakala lagu kedua Still Love You,

Tempat ketiga yang dirangkul oleh Aishah Retno, berjaya membawa pulang wang tunai RM25,000 berserta trofi Big Stage.

Yazmin Aziz dan Tegar Septian pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Kesemua peserta dihakimi oleh dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai serta Juri Juara Aliff Aziz.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pengajaran Sebalik Kejadian Will Smith melempang Chris Rock

Kes Viral! Will Smith Tampar Chris Rock Di Pentas Anugerah Oscar