in

Elfira Loy Bertunang, Ini Reaksi Sufian Suhaimi

Sufian Suhaimi yang ditemui di Konsert BIG STAGE mengakui tidak mengetahui mengenai pertunangan bekas tunangnya iaitu Elfira Loy dengan seorang lelaki bernama Faris yang didakwa berlangsung pada pagi Ahad 2 September lalu.

Dengan fikiran positif, Sufian mengucapkan tahniah dan mendoakan pasangan tersebut bahagia jika khabar itu benar.

“Saya ucapkan tahniah. Semoga bahagia sampai ke Jannah.”

Sufian juga turut memberitahu yang beliau akan ke Jakarta untuk tempoh yang agak lama bagi mempromosikan lagu DI MATAMU.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hong Kong Wine & Dine Festival

Kejutan Buat Insan Tersayang Dalam EKSPRESI KASIH