in

Elaine Daly Berkaloborasi Dengan Kempen Dunlopillo

Dengan kehidupan seharian yang sibuk, kebanyakan rakyat Malaysia jarang mengambil masa untuk meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing. Menceritakan tentang perasaan mereka kepada orang yang tersayang diabaikan kerana keutamaan diberikan kepada pelbagai perkara lain. Dunlopillo telah memulakan misi untuk mengingatkan pasangan-pasangan di Malaysia tentang kepentingan meluahkan rasa cinta mereka dengan kempen yang diberi nama “Setiap Tilam Ada Kisahnya” dan menjemput rakyat Malaysia berkongsi #MYDunlopilloMoments mereka di laman Facebook Dunlopillo.

Dunlopillo percaya bahawa tilam bukan sekadar objek yang digunakan untuk tidur. Dengan keselesaan yang diberikan oleh tilam, anda bebas untuk mengalami dan mendalami fikiran serta emosi anda. Biasanya, pembelian tilam dikaitkan dengan lembaran baru di dalam kehidupan seseorang, sebagai simbol permulaan untuk suatu perjalanan yang akan dilalui bersama.

Tilam melalui pelbagai perkara bersama pasangan tersebut, sama ada malam pertama sebagai suami isteri, mendapat anak pertama, menonton TV di atas katil bersama anak-anak, atau berbincang mengenai perkara yang serius, semuanya berlaku di atas tilam yang memberikan keselesaan dan keselamatan.

Elaine Daly And Fiance Share A Moment At The Dunlopillo Showroom 2

Tinggalkan Pesanan Istimewa Untuk Orang Yang Tersayang Dengan Kempen ‘Setiap Tilam Ada Kisahnya’ oleh Dunlopillo Rakam dan kongsi #MYDunlopilloMoments anda

“Inspirasinya datang daripada slogan jenama kami, ‘Meraikan saat-saat istimewa’ yang dapat dilihat melalui nilai-nilai jenama kami iaitu minat pelanggan, membentuk gaya hidup, kecemerlangan dan menjadi perintis. Di Dunlopillo, kami percaya bahawa tilam bukan sekadar tempat tidur – ia juga tempat untuk mencipta memori-memori intim dan istimewa serta berkongsi impian dan harapan,” jelas Ignatio Pastor, Naib Presiden Dunlopillo Malaysia.

Dunlopillo melawat beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan menjalankan kaji selidik ke atas 10 individu mengenai kekerapan mereka meluahkan rasa cinta. Majoriti menyatakan bahawa mereka terlalu sibuk dengan kehidupan seharian sehingga jarang memikirkan atau meluahkan perasaan kepada pasangan masing-masing.

“Apabila anda meluangkan kebanyakan masa untuk bekerja dan menyara keluarga, kemesraan dan perasaan akan berkurangan. Anda mula percaya bahawa bekerja dan mencari wang untuk dibelanjakan kepada keluarga adalah cara untuk membuktikan kasih sayang kepada mereka,” kata Lawrence Ng, salah seorang responden.

“Adakalanya, pasangan sudah tidur apabila saya pulang. Komunikasi hilang dalam kesibukan dengan rutin harian. Ia membuatkan saya berasa bosan dan kosong. Memang kami meluangkan masa bersama pada hujung minggu, tetapi sudah tidak mesra seperti di permulaan hubungan kami dahulu,” jelas Joanne Lim, seorang lagi responden.

Rakan usaha sama kempen ini iaitu Elaine Daly bersetuju bahawa tilam sangat penting dalam perkembangan sesebuah hubungan.

“Ia adalah perjalanan menarik yang akan saya mulakan tidak lama lagi sebagai isteri – dan mungkin juga sebagai ibu suatu hari nanti,” kata Elaine dengan gembira. Berpindah ke rumah baru, kami memerlukan satu tempat untuk menikmati masa bersama dan membina ikatan kepercayaan dan sokongan yang kuat serta berkongsi masalah dan kejayaan masing-masing,” tambahnya.

Para responden kaji selidik tersebut kemudiannya diminta menceritakan memori indah yang tercipta di atas tilam yang digunakan. Mesej-mesej ini disulam ke atas bantal-bantal Dunlopillo untuk dihadiahkan sebagai kejutan kepada pasangan masing-masing. Dunlopillo turut hadir untuk merakamkan #MYDunllopilloMoments mereka apabila mesej-mesej tersebut diterima.

Ia bukan sekadar tilam, ia mencipta memori indah. Apakah #MYDunlopilloMoments anda? Kongsikan bersama kami di laman Facebook Dunlopillo di facebook.com/DunlopilloWorld dan tontoni perbualan bersama Elaine Daly dan kaji selidik yang dijalankan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, lawati pameran Dunlopillo di bilik pameran kami di Sunway Pyramid setiap hujung minggu bermula 22 November 2014.

Elaine Daly And Fiance Share A Moment At The Dunlopillo Showroom

MENGENAI DUNLOPILLO

Sejak sekian lama, Dunlopillo telah membantu berjuta-juta pengguna di serata dunia menjadikan bilik tidur mereka syurga persendirian dan meraikan saat-saat indah dalam kehidupan. Dengan penekanan berterusan ke atas inovasi yang disokong oleh kajian dan pembangunan selama lebih 85 tahun, Dunlopillo mengiktiraf keperluan fungsi dan emosi pengguna apabila membeli tilam.

Diasaskan di United Kingdom, Dunlopillo adalah salah satu jenama tilam yang paling dikenali di dunia serta merupakan autoriti dan pengeluar utama lateks. Dunlopillo mula mencipta tilam lateks pada 1931 dan ia kemudiannya menjadi fenomena di seluruh dunia. Dunlopillo yang merupakan ahli Europe Pikolin Group, mempunyai rangkaian pengedaran yang luas di Asia dan disokong oleh kemudahan pengeluaran di Vietnam dan China. Dunlopillo dianugerahkan Brand Laureate President Awards 2013-2014 dan Brand Laureate Awards untuk jenama terbaik dalam kategori Tilam Pengguna dari tahun 2008-2013. Dunloppilo juga telah memenangi Reader’s Digest Gold Trusted Brand Award dari 2009 – 2011 dan 2013 – 2014.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Peserta Program Mentor Legend di TV3

Airasia Perkenal Rekaan Terbaru Uniform Kakitangan Pengendalian Darat