in , ,

EKSKLUSIF Muzik Video SENYUMAN GELAPMU – FAKHRUL RAZI

Sebagaimana yang dijanjikan, Budiey.com telah mendapat hak eksklusif untuk menayangkan muzik video lagu SENYUMAN GELAPMU, sebuah lagu dendangan dari vokal mantap penyanyi dari Brunei, FAKHRUL RAZI yang kini semakin menempa nama di Malaysia. Lagu Senyuman Gelapmu adalah salah sebuah lagu yang terkandung dalam album Mutlak yang sekarang ini laris seperti pisang goreng. Dengan itu, anda semua dijemput untuk menonton muzik video terbaru ini yang Budiey letakkan di atas entry ini dan selain di blog ini, anda juga boleh menontonnya di saluran Youtube Budiey.com: www.youtube.com/budiey27

Jangan lupa untuk SHARE video ini di semua media social milik anda dan juga LIKE serta berikan KOMEN anda di ruangan yang disediakan, okay?

[pullquote]Budiey ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakhrul Razi dan juga pihak pengurusan beliau, Cloudworks Entertainment kerana memberikan peluang seperti ini kepada Budiey.com. Terharu dan berbesar hati rasanya sebab Fakhrul Razi sebenarnya selain di Malaysia, beliau punya ramai peminat di Brunei, Indonesia dan Filipina.[/pullquote]

Untuk info pembaca Budiey.com, video muzik yang menggunakan teknik slow motion ini telah menjalani pengambaran di Jonker Street, Melaka pada bulan Disember 2013. Pengambaran telah mengambil masa selama 4 jam. Diarahkan oleh seorang pengarah muda, Salahuddin Sharif dari Finaltouch Productions di mana seramai empat orang krew telah bertungkus lumus menyiapkan muzik video ini. Syabas diucapkan. Akhirnya kini, hasil titik peluh dan penat lelah anda semua, muzik video yang ditunggu-tunggu telah pun berjaya dihasilkan dan dapat ditonton oleh semua peminat Fakhrul Razi.

Selain mengakui sangat senang bekerjasama dengan Fakhrul Razi, pengarah yang sebelum ini telah mengarah muzik video penyanyi Marsha berjudul Bila ini juga akui bukan mudah untuk memilih dan mengambil sudut yang menarik memandangkan jalan raya yang sentiasa sibuk pada waktu pagi. Sehingga ada ketika salah seorang krew nyaris kemalangan jalan raya. Selain itu, cabaran untuk menjadikan suasana malam begitu sunyi tanpa sebarang kenderaan sekitar jam 3 pagi juga menjadi isu utama.

Konsep muzik video ini cukup mudah untuk direalisasikan oleh produksi memandangkan Fakhrul Razi telah berbincang dan menerangkan tentang mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Senyuman Gelapmu. Dari situ, pengarah telah menetapkan untuk merakam dalam suasana malam yang agak suram.

Kepada yang belum tahu, lagu ini cukup bermakna buat penyanyi dari Brunei ini di mana beliau menujukan lagu ini kepada ibunya yang telah meninggal. Jika difahami bait lirik, beliau tidak puas untuk bersama ibunya ketika masih hidup dan kalau boleh ingin dikembalikan barang sesaat untuk merasai kasih sayang seorang ibu. Namun, fahaman lagu ini cukup universal dan tidak terhad kepada ibu. Boleh jadi lagu ini untuk kekasih dan juga sesiapa sahaja.

Bagi pengarah video ini, Fakhrul Razi seorang yang sangat yakin, dia tahu apa yang dia mahu dan memberi komitmen yang luar biasa semasa menjalani pengambaran. Selain seorang energetik, Fakhrul Razi juga seorang survivor dan sentiasa mahu keluar daripada kepompong.

Sekarang ini, lagu Andai Ada Bahagia nyanyian Fakhrul Razi telah mendapat pencalonan di Muzik-Muzik dan kalau tak silap Budiey, lagu ini berada di tempat ke-4. Diharap pada semua peminat dapat memberikan sokongan dengan mengundi sekerap yang mungkin di laman web Muzik-Muzik.

Album Mutlak kini sudah pun berada di pasaran dan anda boleh dapatkannya di kedai video Speedy.

Untuk mengenali Fakhrul Razi dengan lebih lanjut, anda boleh follow Instagram beliau: @fakhrul_razi_

Happy watching, guys!

Lirik Lagu Senyuman Gelapmu – Fakhrul Radzi

Verse
Ku berdiri di tempat yang sama
Tapi rasanya terlalu ganjil bagiku
Merayu mengharap percuma saja
Jika dirimu bukan lagi untuk ku

Verse
Ku fahami cinta salah tak kan mengerti
Serasa bagai nyawa yang di ragut berkali-kali
Ku ikhlaskan semua yang terlepas dari hati
Kerna sebelum ke syurga pasti semuanya mati

Chorus
Tapi selalu ku berharap panjangkanlah nyawaku
kerna ku inginkan gelap senyumanmu
menerangi diriku walau seketika

Oh Tuhanku
Kembalikan dirinya walau sekejap
Meski akhirnya ku kan kecewa
Biarkan saja ku rela kerna ku cinta
Pada dirinya

FAKHRUL RAZI

FAKHRUL RAZI

FAKHRUL RAZI

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Raja Ilya Makin Meletop Dalam Drama SELUDUP

Film Line & Prodigee Media Announce China Film Projects In Busan