in , ,

EKSKLUSIF: Hafiz Suip Fitting Baju AJL29 Di Butik Hatta Dolmat

Tidak syak lagi kekuatan tema dan mesej lagu MATAHARI telah melayakkan lagu ini untuk bergema di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-29 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Segala mesej lagu ini kita dapat saksikan dalam muzik video lagu MATAHARI yang penuh dramatik yang menyayat hati. Sesiapa yang punya hati dan perasaan, pasti akan tersentuh dengan muzik video itu.

Namun, semasa bertemu dengan Hafiz Suip di sesi fitting baju AJL29 kat Butik Hatta Dolmat baru-baru ini, persembahan untuk AJL29 tidak mengikut tema dan juga mesej drama dalam muzik video.

Apa yang penting bagi Hafiz adalah persembahan vokal pada malam ini cukup stabil dan memberangsangkan pendengar. Segala usaha telah pun dibuat untuk menajamkan lagi vokal termasuklah menghadiri kelas bimbingan dari Cikgu Shafi. Dengarnya, Cikgu Shafi telah bekerja keras untuk memastikan performance vokal Hafiz pada malam ini memberi satu kejutan buat penonton.

Menyentuh tentang baju rekaan Hatta Dolmat pula, Hafiz Suip banyak berterima kasih kepada pereka terkenal itu kerana masih mahu memberi kerjasama seperti tahun-tahun sudah. Hafiz yang hadir bersama kekasihnya turut bersetuju dengan apa yang dibuat oleh Hatta Dolmat. Untuk karpet merah, Hafiz Suip mengenakan baju berwarna hijau pekat manakala untuk persembahan pula, Hafiz mengenakan baju warna putih.

Issokay Hafiz... MATAHARI tetap bersinar di hati peminat. Tiada pengalah #AJL29  Foto ni masa Hafiz Suip fitting baju kat Butik Hatta Dolmat dua hari sebelum AJL29.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menang Pass Ke Sunway Lagoon Bersama Didi Astillah

Senarai Keputusan Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 29