in , ,

Ejen Ali The Movie 2 Catat Sejarah Kutipan Animasi Tertinggi Sepanjang Zaman

Dari Animasi Televisyen Ke Superhero Box Office – Ejen Ali Tak Main-Main Bila Bab Bawa Nama Malaysia Ke Pentas Dunia

Siapa sangka, satu watak animasi budak lelaki dari Cyberaya yang dulu kita kenali di kaca TV kini meletup di layar perak dengan kutipan mencecah RM55.1 juta, sekali gus menobatkan Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) sebagai filem animasi dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman di Malaysia. Ya, mengalahkan semua filem animasi tempatan DAN antarabangsa yang pernah tayang kat negara kita – termasuk filem Hollywood yang selama ni mendominasi carta.

Ini bukan sembarangan kejayaan. Ini manifestasi cinta rakyat Malaysia kepada karya anak tempatan. Ini tentang budaya, identiti, dan kualiti yang tak perlu tunduk pada acuan luar. Kita buktikan – kita boleh hasilkan karya setaraf Pixar dan DreamWorks, tapi dengan rasa tempatan yang dekat dengan hati.

Budiey sendiri menyaksikan bagaimana gelombang Ejen Ali bukan sekadar ombak kecil, tapi satu tsunami sokongan yang real. Tiket sold out sana-sini. Review padu dari penonton pelbagai lapisan. Content creators seluruh negara post reaksi mereka — dari gelak tawa ke air mata. Sebuah filem animasi yang bukan hanya untuk kanak-kanak, tapi menyentuh emosi orang dewasa yang dah lama rindu filem yang ‘masuk kepala dan masuk hati’.

Kutipan Luar Biasa Bukan Datang Sekelip Mata – Ini Hasil Daripada Jiwa, Keringat & Impian Yang Tak Pernah Padam

Menurut Encik Usamah Zaid Yasin, pengarah merangkap mastermind di sebalik naskhah ini:

“Kejayaan ini bukan milik WAU Animation semata-mata tetapi milik semua ejen-ejen yang percaya dan berdiri bersama kami sejak awal. Saya amat menghargai dedikasi seluruh pasukan WAU Animation yang telah mencurahkan tenaga dan kreativiti tanpa henti dalam menjayakan filem ini.”

Bayangkan, dari tahun 2016 lagi, mereka dah mula bina asas. Bermula dengan siri TV, kemudian ke pawagam pada 2019, dan kini — boom — 2025 jadi tahun revolusi animasi Malaysia. Budiey rasa ini antara storytelling terbaik dari industri kita, bukan setakat dari segi visual, tapi dari sudut emosi, konflik dalaman, dan nilai kemanusiaan.

Sokongan padu juga datang dari Primeworks Studios, yang diketuai Puan Nini Yusof. Beliau tegas menyatakan bahawa:

“Kami harap para penonton akan terus menyokong EATM2 dan bantu kami untuk mencapai sasaran kutipan seterusnya iaitu RM60 juta.”

– Puan Nini

Ya, kerja belum selesai. Kita belum sampai klimaks misi ni. Budiey pun nak cabar semua rakyat Malaysia: buktikan kita bukan sekadar penonton pasif. Buktikan kita tahu menilai mutu karya dan sanggup bangga dengan produk tempatan.

Ejen Ali The Movie 2 Catat Sejarah Kutipan Filem Animasi Tertinggi Sepanjang Zaman

Jalan Cerita Filem Ni? Lebih Matang, Lebih Dalam, Dan Lebih Real Dari Apa Yang Korang Sangka

EATM2 bukan filem animasi yang ‘syok sendiri’. Ia sebuah naskhah yang bawa mesej besar, tapi dengan pendekatan yang fun dan accessible.

Ali, watak utama kita, berdepan cabaran bila dia perlu menguasai teknologi baharu bernama Projek Satria, dan pada masa sama bergelut dengan dilema dalaman apabila Alicia diberi kepercayaan memegang peranti IRIS. Ia bukan lagi soal teknologi semata-mata, tapi soal percaya diri, kepercayaan sesama rakan, dan tekanan dalam menjadi pemimpin.

Lagi satu layer menarik? Kemunculan semula Neonimus – seorang penggodam misteri yang cuba tumbangkan sistem keselamatan MATA. Naratif ini bukan sekadar hiburan — ia sebenarnya menyentuh banyak isu kontemporari macam etika penggunaan AI, pengaruh teknologi terhadap generasi muda, dan konflik kepentingan dalam organisasi besar.

Budiey perasan betapa beraninya WAU Animation mengetengahkan tema kompleks ini tanpa menjadikan filem ni berat. Semuanya disampaikan dengan pace laju, visual yang crisp dan soundtrack yang ‘masuk gila’.

Ejen Ali Adalah Simbol Kebangkitan Animasi Malaysia — Dan Masa Depan Kita Cerah Kalau Terus Disokong

Sejak debut pertama di TV3, Ejen Ali kini sudah menjelajah ke lebih 65 buah negara — dari Timur Tengah ke Amerika Utara. Musim ketiga juga mencipta sejarah apabila menjadi IP animasi tempatan pertama yang bekerjasama dengan Disney+ Hotstar Asia Tenggara. Ini bukan pencapaian biasa. Ini ‘first in the region’!

Budiey rasa, francais Ejen Ali dah sampai ke tahap yang boleh dikembangkan menjadi sesuatu yang lebih besar— mungkin siri spin-off, siri prekuel tentang watak lain, atau mungkin sebuah filem aksi hibrid live-action dan animasi?

Malah, Budiey percaya inilah masa untuk Malaysia kembangkan ekosistem animasi negara – dari pendidikan, dana kerajaan, peluang eksport ke luar negara, hingga kepada pembinaan studio bertaraf dunia. Kalau Korea boleh dengan “Pororo”, kenapa kita tak boleh dengan Ejen Ali?

Apa Kata Budiey?

Sebagai seorang yang selalu berada di tengah dunia hiburan, Budiey percaya Ejen Ali bukan sekadar satu francais animasi — tapi satu gerakan budaya. Ia menggabungkan elemen aksi, sains fiksyen, nilai kekeluargaan dan teknologi moden dalam satu pakej yang benar-benar menghiburkan dan bermakna.

Kepada semua peminat filem, pengkarya seni, dan penggerak industri: teruskan sokongan. Jangan biar Ejen Ali The Movie 2 jadi one-hit wonder. Pastikan ia terus hidup sebagai simbol kejayaan anak tempatan dan inspirasi untuk generasi animator masa depan.

Dan kepada pembaca Budiey Channel: mari kita jadikan misi RM60 juta itu satu kenyataan. Pergi pawagam, ajak kawan-kawan, dan kongsi pengalaman korang. Ini bukan sekadar nonton filem. Ini satu bentuk sokongan kepada identiti seni Malaysia.

Budiey sudah tengok. Budiey bangga. Sekarang giliran anda. Kerja kita belum selesai. Let’s play.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertandingan Skrip & Drama Mikro ToYm Rayakan Kejayaan Bakat Baharu

Pasca Kau Pergi Tampilkan Kisah Berat Tentang Pengorbanan Anak Remaja