in , ,

Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2

JEJAK : MUSTIKA @ 2 PADA 31 JULAI 2009, JAM 10.00 PAGI DI TV2

Sebuah lagi drama terbitan Television Airtime Services menemui penonton setia saluran Dunia Ria TV2 dengan mengetengahkan plot cerita menarik kisah seorang pemuda cuba membongkar misteri kehilangan teman wanitanya di hutan.

Dibintangi pelakon-pelakon terkenal Fezrul Khan, Raja Azrey, Aishah Mohd Desa, Eira Syazira, Yatt Hamzah, Fetty Dzul dan Zack Taipan, drama Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2.

Aisyah Mohd Desa

Fezrol Khan

Yatt Hamzah

Jejak bermula dengan watak Saiful yang kehilangan kekasihnya Rika di dalam satu ekspedisi perkhemahan satu ketika dahulu sering bermimpi. Mimpinya itu membuatkan Saiful bernekad untuk masuk ke dalam hutan tempat kejadian bagi menjejak Rika yang hilang. Ekspedisi kali ini melibatkan kawan-kawannya yang lain iaitu Kudin, Aishah, Yus dan Mimi.

Pelbagai cabaran serta kejadian misteri berlaku semasa mereka berada di dalam hutan. Walaubagaimanapun Saiful tetap melaluinya dengan tenang dan sabar. Saiful sering di ganggu oleh bayangan Rika yang sentiasa di dalam fikirannya sehinggalah dia menemui beberapa tanda serta alamat yang menyatakan Rika masih hidup.

Pencarian mereka mula bermasalah apabila seorang demi seorang hilang dan di temui mati di dalam hutan. Ini telah menambahkan tekanan kepada Saiful sehinggalah muncul seorang lelaki tua menceritakan segalanya. Rika yang dijejaki sebenarnya sudah mati dan ada dalang yang melakukan semua itu.

poster film

Siapakah dalang yang dicari-cari Saiful itu? Jangan ketinggalan menyaksikan Jejak mengisi slot Mustika @ 2 pada 31 Julai 2009 (Jumaat), jam 10.00 pagi disiarkan di TV2.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konflik Cinta Remaja Dalam Tes Cinta Ala Lila di TV2

Gambar Eizlan Yusof & Vie Shanti di Majlis Puteri Aurora Beradu