in ,

Eira Syazira Muncul Dengan Album Pertama Di Hati Ini

Eira Syazira Di Hati Ini

Semuanya bermula apabila EIRA SYAZIRA (27) menyanyikan lagu tema untuk drama siri, CINTA BALKIS. Dari situ, nyanyian yang mulanya sekadar hobi buatnya, kini, menjadi sebahagian lagi karier dalam hidup EIRA SYAZIRA, selain bidang lakonan.

Kemunculan album ‘DI HATI INI,’ berkonsepkan POP BALLAD, membuktikan penantian selama lebih setahun berbaloi apabila impian EIRA SYAZIRA selama ini dapat direalisasikan.

Album ‘DI HATI INI,’ memuatkan lima buah lagu iaitu DI HATI INI, NOUREL AIN, SEMEMANGNYA, SISI DUKA dan BUKAN MIMPI KESIANGAN dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD.

eira syazira

Berbicara mengenai album ini, EIRA SYAZIRA menceritakan pada mulanya nyanyian hanya untuk menghabiskan masa lapangnya. Namun, apabila diminta untuk menyanyikan lagu tema untuk drama bersiri CINTA BALKIS, ianya benar-benar telah mengubah perjalanan hidupnya.

“Apabila video klip ‘ISTANA CINTA,’ lagu tema drama tersebut dimuatnaik ke dalam Youtube, ianya mendapat sambutan yang cukup mengalakkan. Lebih dari 150 ribu pengunjung telah melihat video klip berkenaan dan mereka amat menyukainya,” tambah EIRA SYAZIRA lagi, “Ditambah pula dengan sokongan peminat, telah memberikan saya kekuatan untuk terus menceburi bidang nyanyian,” katanya.

Status sebagai pelakon, tidak memberikan kelebihan kepada EIRA SYAZIRA untuk menceburi bidang nyanyian. Seperti individu lain, dia juga perlu menjalani ujibakat. EIRA SYAZIRA menceritkannya, “ Pada awalnya saya telah pergi ke sesi ujibakat yang diaturkan oleh syarikat rakaman dengan bertemu ADNAN ABU HASSAN. Semasa menanti jawapan, ianya agak gementar. Akhirnya, ADNAN ABU HASSAN memberikan ‘lampu hijau,’ dan memberitahu saya mempunyai tona suara yang unik.”

Dengan sibuk dalam bidang lakonan, proses penghasilan album ‘DI HATI INI,’ agak perlahan. Ianya mengambil masa hampir setahun lebih untuk disiapkan. Namun, ianya ada hikmah tersendiri apabila dalam masa yang sama, EIRA SYAZIRA telah mendalami ilmu seni suara bersama guru vokal yang tidak asing lagi iaitu SITI HAJAR ISMAIL. Selain untuk memantapkan persembahannya nanti, dia juga telah mempelajari teknik tarian dengan Cikgu SHAZLAN, antara koreografer terbaik dalam industri.

Dua buah lagu, iaitu DI HATI INI dan SISI DUKA, telah menjadi lagu tema untuk drama bersiri USTAZ AMIRUL yang disiarkan di TV3, baru-baru ini, menjadikan satu kelebihan buat album ‘DI HATI INI.’ Selain itu, sentuhan pengubah dan penulis lirik yang cukup berpengalaman seperti ADAM AHMAD, ADNAN ABU HASSAN, OTHMAN MOHAMAD, SYAZWAN SHUHAIMI dan HABSAH HASSAN, membuatkan lagu-lagu di dalam album ini mampu menarik minat pendengar.

Album ‘DI HATI INI,’nyanyian EIRA SYAZIRA, bakal berada di pasaran bermula Jun 2011 dan diterbitkan oleh FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD. Selain itu, lagu-lagu yang berada di dalam album ini sudah mula ke udara di stesen-stesen radio tempatan.

MENGENAI FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD
Bermula pada tahun 1987, syarikat rakaman OMRY RECORD telah ditukar menjadi FAMILY GROUP MUSICAL IND. SDN BHD  atau lebih dikenali sebagai FGM, yang merupakan syarikat Bumiputera pertama di Malaysia yang mempunyai studio rakaman termoden pada masa itu.

Bermula dari detik itu, FG MUSIC & FILM (M) SDN BHD tidak lagi menoleh ke belakang apabila menerbitkan album serta terlibat dalam penghasilan drama-drama tempatan.

Antara artis yang pernah mencipta nama di bawah FGM ialah Adam Ahmad,Zaiton Sameon, Eddie Hamid, Liza Abdullah dayangku Intan, Kumpulan Bubble, M. Rizal, Normala Omar, Hail Amir, Urgent, Citra, Jitu, D’Semenggos dan ramai lagi.

Buat masa ini, FG Music & Film (M) SDN BHD sedang memasarkan album-album artisnya seperti Nizam, Asha Fayyed, Buah Tangan (album kompilasi), Azad Jazmin, Emeer (Juara Program O La-la TV9), kumpulan Online juga album ‘Di Hati Ini,’ nyanyian Eira Syazira.

Dalam pada itu, FG Music & Film (M) Sdn Bhd juga dalam proses rakaman menerbitkan album kompilasi untuk Adam Ahmad juga Zaiton Sameon, yang juga akan berduet untuk sebuah lagu baru. Album khas ‘tribute’ untuk Allahyarhamah Datin Rafeah Buang yang mana lagu duet beliau dengan dato’ Ahmad jais akan dinyanyikan semula oleh bakat baru, Zura Ayu, iaitu lagu Selasihku Sayang dan Budi Setahun Segunung Intan.

Selain itu juga, FGM akan menghasilkan sebuah kompilasi lagu-lagu Hari raya nyanyian artis-artis naungan serta sebuah lagu baru ciptaan Eddie Hamid, dinyanyikan oleh Zaiton Sameon, untuk sambutan Aidilfitri tahun ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham & Fouziah Ghous

Siapa Juara Showdown 2011