in ,

Ean Selebriti Malaysia Pertama Suara Perantara Aplikasi Waze

Ean, penyampai The hitz fm Morning Crew merupakan selebriti Malaysia yang pertama dilantik untuk menjadi suara perantara di dalam aplikasi Waze bagi navigasi di Malaysia. Mulai 1 November 2014, para pengguna Waze di Malaysia diberi pilihan untuk memilih suara Ean sebagai pek suara aplikasi Waze, di mana Ean akan membimbing dan menunjukkan arah mereka dalam perjalanan.

ean-hitz-astro-radio

Ean Nasrun berkata:

“Saya merasa sangat teruja apabila dilantik untuk menjadi selebriti pertama di Malaysia apabila suara saya digunakan untuk memberikan arahan kepada pengguna jalan raya ke destinasi pilihan mereka di aplikasi Waze. Saya juga merupakan pengguna setia aplikasi ini, dan juga salah seorang peminat fanatik suara-suara selebriti yang mereka telah digunakan sebelum ini termasuk Terry Crews dan Kevin Heart. Oleh itu, apabila saya diberi peluang untuk menggunakan suara saya untuk aplikasi ini, kini telah menjadi kenyataan. Saya tidak boleh menolak peluang keemasan ini.”

Sesat? Ean Bantu Tunjuk Jalan Melalui Aplikasi Waze! Astro Radio adalah rakan Waze pertama lancarkan navigasi menggunakan suara selebriti.

Sebelum ini, Astro Radio telah bekerjasama dengan pihak Waze untuk memberikan gambaran yang lebih tepat mengenai keadaan lalu lintas jalan raya melalui kesemua 9 stesen beroperasi di bawah payung Astro Radio seperti hitz fm, MIX fm, ERA fm, MY FM, LiteFM, SINAR fm, MELODY FM, THR Raaga and THR Gegar.

“Rakyat Malaysia telah menghabiskan sejumlah besar masa mereka di jalan raya dan melawan arus kesesakan lalu lintas pada waktu puncak dalam perjalanan mereka pada setiap hari. Dengan adanya kerjasama Waze dan Astro Radio, kini telah banyak membantu pihak kami untuk menghubungkan media tradisional bersama rangkaian media social untuk memberikan sumber-sumber kandungan dan menambah laporan-laporan lalulintas jalan raya melalui saluran radio. Ini adalah contoh terbaik kerana pengguna teknologi dapat membantu mempernaiki kehidupan para pendengar kami “kata Jake Abdullah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio.”

“Ean menjadi selebriti Malaysia yang pertama menjadi suara perantara dalam aplikasi ini, dan kami berharap untuk mendapatkan lebih ramai lagi suara- suara penyampai radio Astro Radio digunakan di aplikasi Waze. Saya percaya dengan adanya kerjasama bersama Waze ini dapat menunjukkan bahawa tumpuan kami tetap berpandukan apa yang pendengar kami mahukan ” tambah beliau.

Pek suara Waze akan disediakan secara PERCUMA pada sistem aplikasi iOS, Android dan peranti telefon pintar Windows. Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Waze dari stor aplikasi yang tersedia, kemudian pergi ke ‘tetapan’, pilih ‘suara’ dan pilih ‘English’ sebagai bahasa dan pilih ‘Ean’ untuk suara. Pek suara secara automatik boleh dimuat turun dan pemilihan akan anda sudah sedia untuk menggunakan Ean sebagai navigasi trafik yang akan membimbing di atas jalan raya dan turut menghiburkan anda.

“Selain mencuit hati para pendengar radio setiap hari, kini Ean dapat mengiburkan para pengguna disamping turut menjadi penunjuk arah mereka dikala perlu,” kata Amir Mirzaee, Pengarah Pembangunan Perniagaan Waze di Malaysia. Waze sentiasa mencari kaedah-kaedah kreatif untuk memberikan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang anda berada di dalam kereta, dan kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan lebih erat bersama pihak Astro Radio bagi mencapai matlamat itu.”

Waze membolehkan pengguna kenderaan untuk sentiasa mengemaskini dan menasihati pengguna jalan raya untuk perjalanan seterusnya. Aliran maklumat yang berterusan ini adalah sangat menarik dan membuatkan aplikasi ini menjadi salah satu navigasi yang paling popular di Malaysia dengan berjuta-juta pengguna yang aktif setiap hari. Malaysia tersenarai dalam Top 5 komuniti Waze terbesar daripada hampir 200 buah negara yang tersenarai.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ean pada layari http://waze.hitz.fm

Ean Hitz FM Radio Astro

Ean Hitz FM Radio Astro

Astro Radio
Astro Radio merupakan rangkaian No.1 Malaysia dengan purata pendengar mingguan sebanyak 13 juta, mewakili 56.3 % daripada jumlah kesemua pendengar di Malaysia. Astro Radio menyiarkan kandungan radio melalui 20 stesen yang berbeza , 9 daripadanya adalah stesen radio komersial yang dikenali sebagai stesen FM dan disiarkan di platform DTH TV satelit, IPTV, mudah alih dan Internet , manakala 11 stesen radio yang lain secara langsung kepada pengguna tambahan disiarkan hanya pada platform DTH TV satelit, IPTV , mudah alih dan Internet. Astro Radio menjadi stesen No.1 dalam semua 4 bahasa melalui ERA fm, MY FM, hitz fm dan THR Raaga Astro Radio juga meraih stesen radio No. 1 di Pantai Timur Semenanjung Malaysia untuk stesen THR Gegar . Astro Radio memperolehi banyak kejayaan dengan penuh kecemerlangan apabila mendapat banyak pengiktirafan dan anugerah yang dimenangi termasuklah anugerah – anugerah berprestij seperti Kancil Awards dan Putra Brand Awards.

Waze
Waze adalah aplikasi percuma yang merangkumi penggunaan dari seluruh dunia boleh di dapati dalam rangkaian iOS, Android dan Windows. Waze menggabungkan data GPS semasa dari lebih 50 juta pengguna dan memberikan maklumat lalu lintas dan navigasi maklumat yang sangat tepat dan bermanfaat. Pemandu dapat memilih laluan yang paling cepat dengan mudah dengan ‘turn-by-turn’ arah dan navigasi suara dalam bahasa tempatan, dengan mengambil kira keadaan jalan raya semasa untuk mencapai destinasi yang dipandu. Pengguna turut digalakkan untuk mengedit peta dengan butiran seperti, pembinaan jalan raya dan kemalangan jalan raya yang terdapat dalam laluan mereka.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hi-5 House Hits 2014 Dilanjutkan Dua Hari

Adel Diserap Masuk Semula Ke Akademi Fantasia 2014