in , ,

E-baucar Cenderamata Eksklusif Menanti Pemenang Peraduan Riuh Bola 7DAYS

Peminat bola sepak teruja menanti Piala Dunia FIFA 2022 selepas penganjuran terakhir empat tahun lalu. Bagi memeriahkan kejuaraan bola sepak dunia berprestij itu, jenama kroisan 7DAYS mengajak orang ramai menyertai Peraduan Riuh Bola 7DAYS yang bermula dari 10 Oktober sehingga 20 November ini.

Peminat setia 7DAYS berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif serta e-baucar Lotus’s dan Giant yang masing-masing bernilai RM50. Untuk pengetahuan, peraduan ini dibahagi kepada 3 fasa dan seramai 20 pemenang bertuah terpilih pada setiap minggu. Sebanyak 120 pemenang akan terpilih dalam tempoh peraduan 6 minggu tersebut.

Pemenang fasa 1 dan 2 sudahpun diumumkan di Facebook rasmi 7DAYS dan pusingan peraduan minggu ke-6 iaitu fasa 3 bermula pada 14 hingga 20 November ini. 

E-Baucar Cenderamata Eksklusif Menanti Pemenang Peraduan Riuh Bola 7Days

Peraduan Riuh Bola 7DAYS merupakan kerjasama antara 7DAYS dan Naga DDB Tribal bagi membolehkan rakyat Malaysia menyokong pasukan negara asing kegemaran mereka semasa kejuaraan ini sambil mengekalkan jati diri Malaysia mereka menerusi kempen Croissant Outside, Cheer-full Inside.

Pengurus Pemasaran Muchico Bakery Sdn Bhd, Cindy Yeo berkata, selepas penantian empat tahun untuk Piala Dunia FIFA, jenama kroisan pilihan ramai 7DAYS kembali membawa keceriaan kepada orang ramai sempena musim bola sepak tersebut. “Kami berharap kempen ini membawa keceriaan kepada peminat bola sepak di seluruh negara tanpa mengira pasukan negara asing yang disokong,” katanya.  

E-Baucar Cenderamata Eksklusif Menanti Pemenang Peraduan Riuh Bola 7Days

Ketua Pegawai Operasi Naga DDB Tribal, Clarence Koh pula berkata, pihaknya mahu memberi ruang kepada peminat bola sepak untuk berkongsi rasa menyokong pasukan kegemaraan sebagai warganegara Malaysia. “Setiap bungkusan 7DAYS yang dibuka sekarang membolehkan anda merasai pengalaman sebahagian daripada sesebuah pasukan, negara dan komuniti,” katanya. 

Ayuh peminat bola sepak jangan lepaskan peluang menyertai Peraduan Riuh Bola 7DAYS! Cara-cara menyertai peraduan tersebut adalah seperti berikut:

Langkah 1 – Beli kroisan 7DAYS bernilai RM5 dalam satu resit di kedai yang mengambil bahagian peraduan.

Langkah 2 – Imbas kod QR di pek 7DAYS untuk ke laman web 7DAYS.

Langkah 3 – Jawab dan lengkapkan kuiz untuk menerima passport digital. 

Langkah 4 – Hantar bukti pembelian kroisan 7DAYS di laman web dan lengkapkan ayat dengan tidak melebihi 20 patah perkataan. 

E-Baucar Cenderamata Eksklusif Menanti Pemenang Peraduan Riuh Bola 7Days

Peserta dengan jawapan paling kreatif akan dipilih sebagai pemenang. Promosi ini hanya didapati di kedai terpilih seluruh negara. Senangkan? Tunggu apa lagi, sertainya sekarang! Sebelum itu, jangan lupa untuk baca terma dan syarat.  

Kroisan 7DAYS datang dalam 5 inti krim berperisa coklat, vanila, mentega, strawberi dan jagung. Untuk maklumat lanjut Peraduan Riuh Bola 7DAYS, sila layari www.7days.my atau ikuti laman sosial Facebook dan Instagram 7DAYS.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Portal Featured Zero 3 | 13

Sekitar Pembukaan Besar-Besaran Hotel HYATT Centric di Kota Kinabalu

Venus

Kumpulan Venus Lancar Single MAAFKAN AKU, Irama Relevan Masa Kini