in

Dulu Kapten Sekarang Pengusaha Restoran, airasia Allstars Ceburi Francais bersama Santan

airasia Allstars mengambil peluang keemasan menceburi perniagaan francais bersama Santan

Permulaan dekad baharu terbukti mencabar untuk semua, terutama bagi mereka dalam industri berkaitan perjalanan. Walaupun pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap perniagaan di seluruh dunia, termasuklah AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan, ia juga telah mempercepatkan transformasi digital kumpulan syarikat penerbangan ini dan membuka peluang baharu untuk perniagaan bukan penerbangannya, seperti perniagaan restoran Santan yang terus berkembang.

Dalam keadaan semasa, Santan telah berjaya melangkah ke hadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid, dan tiga francais di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Mall Shah Alam, selain beberapa lagi rangkaian francais yang akan dibuka sebelum akhir tahun 2020.

Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik setiap musibah dan inilah yang mendorong kakitangan airasia yang juga dikenali sebagai Allstars: Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin untuk memulakan kerjaya baharu dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman (F&B) bersama Santan.

Peluang Keemasan

Permulaan dekad baharu terbukti mencabar untuk semua, terutama bagi mereka dalam industri berkaitan perjalanan. Walaupun pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap perniagaan di seluruh dunia, termasuklah AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan, ia juga telah mempercepatkan transformasi digital kumpulan syarikat penerbangan ini dan membuka peluang baharu untuk perniagaan bukan penerbangannya, seperti perniagaan restoran Santan yang terus berkembang.

Dalam keadaan semasa, Santan telah berjaya melangkah ke hadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid, dan tiga francais di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Mall Shah Alam, selain beberapa lagi rangkaian francais yang akan dibuka sebelum akhir tahun 2020.

Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik setiap musibah dan inilah yang mendorong kakitangan airasia yang juga dikenali sebagai Allstars: Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin untuk memulakan kerjaya baharu dengan menceburi bidang perniagaan francais dalam industri makanan dan minuman (F&B) bersama Santan.

Kapten Fredrick Jeremy
Kapten Fredrick Jeremy

“Cabaran berikutan pandemik ini membuatkan saya menilai semula rancangan jangka panjang dalam kerjaya saya. Kita semua harus bermula di suatu tempat dan saya percaya perniagaan francais bersama Santan adalah langkah yang tepat untuk menceburkan diri di dalam industri F&B,” kata Kapten Fredrick Jeremy, yang juga seorang jurulatih pesawat jenis A320.

Selain mempunyai perasaan yang sama berkenaan kerjaya mereka, Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin juga berkata bahawa mereka memilih perniagaan francais bersama Santan untuk menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka, terutama Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin yang merupakan juruterbang untuk penerbangan jarak jauh AirAsia X dan tidak dapat berkhidmat sehingga sekatan sempadan antarabangsa dilonggarkan.

Menceburi industri berbeza bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi mereka semua bersetuju bahawa Santan memberikan sokongan dan bimbingan berterusan, seperti mencari lokasi yang tepat dan membekalkan kakitangan bagi mereka yang tiada pengalaman dalam perniagaan industri F&B.

“Saya kagum dengan apa yang ditawarkan oleh Santan kepada mereka yang tidak berpengalaman seperti saya, dan sokongan yang diberikan telah membakar semangat saya untuk memulakan kerjaya baharu ini,” kata Kapten Lee Chin Hooi yang akan membuka francais Santan beliau di IOI City Mall pada bulan Disember 2020.

Kapten Syamim Shahabuddin
Kapten Syamim Shahabuddin

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Walaupun melangkah ke industri F&B dalam keadaan semasa semakin mencabar, ahli perniagaan berpengalaman, Kapten Azrul Hakim berkata rebutlah peluang yang ada untuk memulakan perniagaan yang berjaya. Pada tahun 2018, beliau telah memulakan perniagaan francais dengan salah satu jenama minuman bubble tea yang popular. Menyedari potensi francais Santan, Kapten Azrul tidak teragak-agak untuk membuka dua buah francais Santan di PKNS Shah Alam (bekerjasama dengan Kapten Fredrick Jeremy) dan AEON Shah Alam pada bulan ini.

“Kaji selidik juga penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan para pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda. Kami telah melakukan perbandingan dengan perniagaan francais yang lain dalam kategori yang sama dan mendapati bahawa Santan menepati pelan perniagaan kami terutamanya dengan sokongan mereka,” tambah Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy.

Selain kaji selidik intensif, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin, yang bekerjasama untuk membuka francais Santan mereka pada suku pertama tahun 2021, berkata mereka memilih Santan kerana jenamanya yang boleh membantu meminimumkan risiko perniagaan berbanding menubuhkan jenama sendiri.

Kapten Lee Chin Hooi
Kapten Lee Chin Hooi

Di mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Walaupun juruterbang dilatih untuk kekal tenang dalam apa jua situasi, tetapi menceburkan diri di dalam industri yang amat berbeza boleh menimbulkan kegelisahan. Kapten Lee Chin Hooi berkata bahawa selain tidak memiliki sebarang pengalaman dalam industri F&B, tanggungjawab terhadap kakitangan terutamanya dari segi kesejahteraan dan keselamatan kewangan mereka dalam pandemik ini adalah antara cabaran utama yang dihadapi. Namun, dengan bantuan langkah demi langkah yang diberikan oleh Santan serta sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, beliau yakin dan bersedia untuk membuktikan kemampuan dalam perniagaan ini.

“Sebagai pemilik perniagaan buat pertama kali, cabaran utama kami termasuklah sokongan kewangan, menubuhkan syarikat, memahami model perniagaan francais dan memahami bagaimana untuk menyewa kedai di pusat membeli-belah. Di samping itu, kami harus mengikuti perkembangan yang sentiasa berubah, yang mempengaruhi jumlah pelawat di sekitar lokasi pilihan kami berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini memaksa kami untuk menangguhkan pembukaan francais kepada suku pertama tahun 2021. Walaubagaimanapun, tiada halangan yang terlalu besar apabila kita komited untuk berjaya,” kata Kapten Syamim Shahabuddin dan Kapten Mohamed Shafiran.

Dengan pengembangan yang pesat melalui francais, Santan menyediakan ratusan peluang pekerjaan dan dengan semangat Allstars mereka, Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy telah mengambil semula Allstars yang tidak lagi bersama syarikat penerbangan tersebut untuk menjadi sebahagian daripada pasukan mereka.

“Selain terpaksa menunda pembukaan restoran kami berikutan keadaan semasa, kami juga menghadapi cabaran untuk mendapatkan kakitangan bagi membantu menguruskan restoran. Jadi kami berbesar hati untuk mengambil semula Allstars menjadi sebahagian daripada pasukan kami. Kami berbangga kerana mempunyai keluarga Allstars kini dan selamanya! Ini membuktikan bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan,” kata Kapten Azrul Hakim.

Kapten Azrul Hakim
Kapten Azrul Hakim

Alah Bisa Tegal Biasa

Menceburi perniagaan francais memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menangkis cabaran, tetapi seperti yang selalu dikatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan airasia, Tan Sri Tony Fernandes, tiada apa yang mustahil.

“Berdasarkan pengalaman saya, semestinya anda tidak boleh lari daripada cabaran dan rintangan, tetapi ingat bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian. Apa yang penting, jangan takut untuk bermula dari sekarang!” kata Kapten Azrul Hakim.

Memahami pelan perniagaan, mempunyai pasukan yang hebat dan sikap tidak pernah berputus asa juga merupakan antara kunci kejayaan, kata Kapten Fredrick Jeremy yang merupakan peminat Nasi Padang dengan Rendang Daging Santan.

Kapten Mohamed Shafiran
Kapten Mohamed Shafiran

Bagai Santan Dengan Gula

Kapten Syamim Shahabuddin dan Kapten Mohamed Shafiran yang telah bersama syarikat penerbangan ini selama lebih dari 13 tahun percaya bahawa ada hikmah di sebalik musibah dan kita harus bersedia untuk berubah. Walaupun mereka tidak sabar untuk kembali berkhidmat sebagai juruterbang, mereka teruja untuk memulakan perniagaan bersama Santan.

“Tiada istilah terlambat untuk memulakan perniagaan dan mempelajari sesuatu yang baharu. Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada usahawan baharu yang ingin mengikuti impian mereka dan mendorong semua orang untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais. Mencari jenama francais yang tepat adalah penting, tetapi saya yakin perniagaan francais bersama Santan akan terus berjaya,” kata Kapten Lee Chin Hooi, 43 tahun.

Kapten Azrul Hakim dan Kapten Fredrick Jeremy juga berharap untuk menerpa kejayaan bersama Santan dan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baharu, sambil menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.

Senarai francais Santan yang akan dibuka di Lembah Klang:

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sana Khan 1 | 23

Pelakon Filem JAI HO, Sana Khan Bernikah Dengan Ulama, Mufti Anas

Bunga 2020 | 24

Spotify Digodam, Lebih 300 Ribu Akaun Pengguna Terjejas