in ,

Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah & Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai

Perniagaan Kafe Dulang Sdn Bhd yang diasaskan oleh Yang Mulia Tunku Kurshiah Aminah Atiah bakal melancarkan outlet pertamanya di kawasan Lembah Klang iaitu di Kompleks Kelana Jaya bermula 26 November 2021.

Kafe yang berkonsepkan ‘dulang’ dengan hidangan asli tradisional Nasi Ambeng Singapura ini telah mula ditubuhkan sejak tahun 2017 di Nusa Jaya Johor dan kini menjalankan usahasama bersama Karl Shafek sebagai Pengarah Urusan di Kafe Dulang Sdn Bhd. 

“Impian saya untuk menceburi perniagaan yang berkonsepkan makanan atau kafe ini akhirnya dapat direalisasikan dengan adanya Dulang Kafe. Secara peribadi, ini adalah pencapaian terbaik saya untuk buka perniagaan secara francais dengan memberikan peluang perniagaan kepada pengusaha makanan dan orang ramai di luar sana” katanya Ketika pelancaran di outlet Kelana Jaya. 

Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah &Amp; Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai

Sementara itu, Puan Iylia Zarisha Marican, Pengarah Kafe Dulang Sdn Bhd dalam ucapannya ketika pelancaran berkata usahasama pengacara (Karl Shafek) yang sinonim dengan pelbagai rancangan dan program masakan di media bakal menjadikan perniagaan francais Dulang Kafe ini satu gandingan kerjasama strategik bersama dengan Yang Mulia Tunku Atiah kerana kedua-duanya mempunyai latar belakang dan kepakaran dalam penyediaan makanan. 

Turut hadir pada pelancaran tersebut adalah rakan-rakan artis seperti Sissy Iman, Izzue Islam, Lizza Abdullah, Maria Tunku Sabri, Nad Zainal, Jihan Muse dan juga beberapa influencer yang lain. 

Karl Shafek dan seluruh pengurusan kafe turut mengalu-alukan kehadiran warga Lembah Klang untuk merasai Nasi Ambeng di Dulang Kafe yang bakal dibuka kepada orang ramai bermula 29 November 2021 (Isnin) pada pukul 11:30 pagi sehingga 8:30 malam. 

“Saya menyeru kepada semua orang untuk merasai Nasi Ambeng di sini kerana semua menu merupakan resepi warisan keluarga YM Tunku Atiah dan ini merupakan satu peluang untuk anda merasa masakan resepi tradisi daripada keluarga YM sendiri” Ujar Karl Shafek. 

Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah &Amp; Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai

Beliau juga berharap dengan adanya Dulang Kafe yang berkonsepkan hidangan tradisional Nasi Ambeng ini dapat menjadi satu simbolik kebanggaan buat Malaysia, terutamanya apabila pelancong daripada luar negara dapat merasa makanan yang terkenal dalam budaya Asia, iaitu Melayu-Jawa- Singapura di Malaysia. 

“Selain Nasi Ambeng Singapura dan Sup Tulang Merah, menu masakan daripada air tangan saya sendiri juga bakal menemui semua food lovers bermula tahun 2022 kepada orang ramai nanti.” 

Pada masa yang sama, beliau juga turut berkongsi perancangan Dulang Kafe yang bakal menyediakan pakej istimewa buat seisi keluarga pada Ramadhan akan datang. 

“Dulang Kafe bakal membuka sebanyak 15 buah outlet di sekitar Lembah Klang selepas menerima sambutan yang sangat baik di Johor. Setakat ini, 10 buah outlet bakal beroperasi di Lembah Klang selepas pelancaran pertamanya di Kelana Jaya, iaitu di Shah Alam, Cyberjaya, Putrajaya, Damansara Danau Kota, Bangi dan juga Masjid India, Kuala Lumpur” kata Puan Iylia Zarisha Marican di sini. 

Beliau juga turut melahirkan rasa syukur kerana outlet seterusnya turut disambut baik oleh warga pantai timur dan bakal beroperasi di Kota Bharu, Kelantan. 

Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah &Amp; Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai

Kini Dulang Kafe membuka peluang perniagaan dan mencari rakan niaga untuk mengembangkan jenama dan perniagaan Dulang Kafe dengan pelaburan serendah RM258,000 termasuk penyediaan kelengkapan di kafe, latihan yang berterusan bermula dari awal permulaan perniagaan meliputi pemantauan kualiti, konsep dan idea. 

Kepada orang ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi +6011-10744130 atau emel ke [email protected] 

Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah &Amp; Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai
Kerjasama Strategik Yang Mulia Tunku Kurhsiah Aminah Atiah &Amp; Karl Shafek Buka Peluang Francais Dulang Kafe Kepada Orang Ramai

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Acreze

Acraze – Do It To It

Asyraf Nasir

Asyraf Nasir Lancar Single Terbaharu 2PAI, Inspirasikan Lagu dari Peribahasa