in ,

Duit Takde & Hilang Kerja, Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Balik Ke Kelantan

Terima kasih kepada yang mendoakan dan memberi bantuan! Itu antara kata-kata yang diucapkan oleh pemuda yang dikenali sebagai Muhamad Noor yang viral di media sosial semalam apabila beliau nekad untuk berjalan kaki pulang ke Kelantan.

Akibat hilang pekerjaan sejak sebulan lalu dan dihimpit masalah kewangan, seorang lelaki nekad pulang ke kampung halaman dengan berjalan kaki membabitkan perjalanan lebih 400 kilometer (km) dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

Lelaki berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan memulakan perjalanan sejak kelmarin selepas mendapati bas ekspres ke Kelantan di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi, memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Lelaki itu menganggarkan perjalanannya mengambil masa tiga hari 20 jam untuk tiba di kampungnya sekiranya hanya dengan berjalan kaki.

Hilang Kerja, Punca Lelaki Ini Nekad Jalan Kaki Pulang Ke Kelantan

Lelaki berkenaan yang dipercayai bekerja di Shah Alam pada asalnya mahu pulang mengikut jalan biasa iaitu Lebuhraya Karak, namun sesat sehingga melalui Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dan tiba di Ipoh, Perak petang semalam.

Tindakan nekad itu dikongsi sendiri oleh pemuda berkenaan melalui Facebook miliknya yang dikenali sebagai Matnoe Poksu Din.

Screenshot 2020-04-29 At 11.31.45 Am
Tindakan pemuda berusia 20-an yang berasal dari Kampung Lawang, Jedok Tanah Merah itu dikatakan berjalan lebih 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Kelantan selepas mendapati pengangkutan bas expres di Bandar Tasik Selatan (BTS) tidak beroperasi akibat PKP.

Menurutnya lagi, sepanjang perjalanan di Lebuhraya PLUS, dia cuba menumpang lori untuk menumpang balik, namun gagal.

Sehinggalah, ada anggota bomba yang bersimpati dan mahu menghantarnya sehingga ke Gerik, memandangkan kisah pemuda berkenaan telahpun tular di media sosial.

Lelaki itu turut memaklumkan pada jam 11 malam tadi, sebuah lori ayam dari Pulau Pinang turut membantu menumpangkannya dari Gerik ke Tanah Merah.

Lelaki-Featured-1

Alhamdulillah, selamat sampai rumah

Difahamkan, Muhamad Noor selamat tiba di rumahnya pada jam 11 malam, pada Selasa setelah mengambil keputusan untuk pulang ke Kelantan pada Ahad lalu.

Sementara itu, menurut seorang wanita dipercayai isterinya, Sara Anisa memaklumkan suaminya mengambil keputusan untuk pulang selepas sebulan tidak bekerja.

“Suami aku buat kerja gila, jalan kaki balik kampung. Sekarang ni dalam perjalanan ke Gerik.

“Gila kepala memikir. Duduk Kuala Lumpur pun tauke halau dah, sebulan dah tak kerja kan.. Tauke pun halau la dari rumah yang dia beri duduk tu. Duit pun tak ada nak buat makan. Jadi keputusan dia, jalan kaki nak balik rumah,” katanya menerusi status di Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wak Doyok 2020 | 17

Isu Cincin Lambang Peribadi Sultan Johor, Tunku Idris Minta Penjelasan Wak Doyok

Amin Idris | 18

Isu Saman RM1Juta Abu Syafiq, Amin Idris Bersyukur Dapat Sokongan Masyarakat