in ,

Dua Telemovie Khas Hari Gawai Di TV2

Dua Telemovie Khas Hari Gawai Di TV2

Di Sarawak ada pertandingan Kumang (Perempuan Tercantik memakai pakaian tradisi Iban) dan Pertandingan Keling ( Lelaki memakai baju tradisi Iban dan akan menari tarian Ngajat . Setiap tahun pada awal bulan Jun atau dikenali sebagai Hari Gawai.

Khas Hari Gawai diraikan RTM menerusi tayangan dua slot menarik Sutera On 2, Kumang, Sulu, Ati Aku (31 Mei, jam 2.00 petang) dan slot Pilihan Jumaat, Pengayau Kumang (01 Jun, jam 2.30 petang) yang kedua-duanya disiarkan menerusi TV2.

Telemovie Kumang, Sulu, Ati Aku lakonan Shashi Tharan, Jennifer Jack, Iwan Haji Dasri, Ferra Zillah dan Hanson T.Rapah berkongsi kisah David seorang lelaki India yang bekerja di Kuala Lumpur, nekad untuk memiliki Cynthia seorang gadis Iban yang tinggal jauh di Sarawak. Perasaan David tidak pernah tenteram apabila tiba musim Gawai kerana diburu rasa bersalah terhadap Apai dan Indai. Masih segar dalam ingatan David, saat pertama kali dirinya menjejakkan kaki di Sarawak kerana tugas mencari bahan untuk terbitan majalah tempat dirinya bekerja. Tugas itu jugaklah yang membuatkan dirinya bertemu dengan Cynthia, pemenang kepada Kumang Gawai iaitu anak tunggal kepada Apai dan Indai.

Nadia Mustafa, Aripah Damanhuri dan Chomatt Samad ... pelakon utama Pengayau Kumang

Kerana kuatnya kasih sayang Cynthia kepada David, Cynthia tekad lari untuk mengikuti David balik ke Kuala Lumpur setelah David di fitnah oleh Jombet bila cintanya tidak dibalas Cynthia.

Kini setelah tujuh tahun berlalu, hasil perkahwinanya bersama Cynthia, David dikurniakan anak bernama Felicia. Walaupun Cynthia tidak pernah bercerita mengenai dirinya yang sedih apabila tiap kali tiba Hari Gawai, David dapat merasainya. Akhirnya, David tekad membawa Cynthia pulang berjumpa dengan Apai dan Indai bagi memohon maaf. Kepulangan yang harus dilakukan oleh David agar segala rasa bersalahnya hilang. Kehadiran David dan Cynthia tidak diterima oleh Apai kerana Cynthia pernah membelakangnya dirinya selaku Tuai Rumah tujuh tahun lalu.

Namun segalanya berubah apabila Felicia datang berjumpa Apai untuk bertanyakan kenapa Apai membenci dirinya, Felicia yang boleh berbahasa Iban telah berjaya melembutkan hati Apai. Terpancar riak gembira dalam diri Apai apabila perkara yang paling dirisaukanya tidak berlaku, iaitu warisan dan budayanya akan pupus jika David dan Cynthia berkahwin.

pelakon Pengayau Kumang

Seterusnya menyusul Pengayau Kumang yang dibintangi oleh Chomatt Samad, Tony Eusoff, Aripah Damanhuri dan Nadia Mustafa yang bermula dengan mimpi Idai melihat Bayang dan Tingang yang masing-masing berpakaian Keling Gawai bertarung merebut Kumang Gawai. Idai risau dengan mimpi tersebut, bagaimanapun hanya mampu memendamnya.

Tiga hari sebelum bermulanya Hari Gawai, Kevin yang pulang dari kampus memberitahu bapa angkatnya, Tingang yang menetap di Melbourne mahu menyambut Hari Gawai di Sarawak setelah lebih 20 tahun tidak pulang ke tanah air. Tingang berhasrat untuk menjengah rumah panjang Kevin namun kemudiannya mereka terkejut kerana Tingang sebenarnya anak Idai yang sudah sekian lama tidak ditemuinya.

Memang sepatutnya dia gembira bila Tingang mahu pulang. Tapi haruskah dia menikmati kegembiraan dan kebahagiaan di atas air mata anak angkatnya, Bayang dan isterinya Jawai? Bagaimanakah perasaan Kevin apabila mengetahui siapa Tingang yang sebenarnya?

Kegembiraan menyambut Gawai yang bakal menjelang tidak seperti diharapkan. Idai malu berdepan Bayang dan Jawai. Idai sayu memandang Kevin yang begitu teruja bercerita tentang Tingang serta mendesak Bayang untuk mendirikan Pokok Ranyai di tengah rumah serta menyediakan pelbagai hidangan istimewa demi menyambut bapa angkatnya itu.

Berita kepulangan Tingang bagaikan letupan gunung berapi di dada Jawai. Bolehkah dia menerima kepulangan Tingang, lelaki yang amat dicintai tetapi mengambil tindakan lari meninggalkan dia terkapai-kapai sendirian setelah dia dinodai oleh Tingang? Bagaimana keadaan dia nanti apabila berada di antara Tingang dan Bayang dalam satu rumah panjang?

Namun hakikat sebenarnya berbeza. Pada hari yang dinantikan, masing-masing gelisah. Yang muncul hanyalah Peguam Tingang membawa khabar Tingang telah meninggal dunia setelah lima tahun berperang dengan barah. Kawan-kawan di sana sedang mengurus kepulangan jenazah Tingang ke kampung. Idai, Bayang, Jawai dan Kevin terkedu.

Berhibur dengan dua telemovie menarik sempena Hari Gawai ini hanya di TV2.

telemovie KUMANG SULU ATI AKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

England Dan Jerman Akan Tersingkir UEFA EURO 2012

Siapa Juara Super Spontan Musim Pertama