in , ,

Dua Peserta Dapat Markah Bawah 20 & Amir Hasan Tersingkir di Big Stage 2020

Konsert Big Stage 2020 berlangsung dengan penuh bertenaga daripada 11 bintang membuat persembahan duet.

Dengan tema Duominasi, 11 bintang membuat persembahan duet bersama bekas bintang Big Stage terdahulu serta penyanyi BBNU terhebat lain. Amir Hasan menjadi bintang kedua tersingkir pada konsert ketiga selepas mendapat undian online terendah 

Selain Amir, Sandra Dianne dan Dinie Rashid diumumkan sebagai tiga peserta dengan markah terendah.

Azzam Shah dipilih senagai BBNU Paling Gempak bagi minggu kedua selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat. 

Dua Peserta Dapat Markah Bawah 20 &Amp; Amir Hasan Tersingkir Di Big Stage 2020

Lah Ahmad diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap. 

Manakala Michael Ang pula mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk bertindak sebagai presiden netizen. 

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional dan undian peminat secara online serta komen-komen yang telah diberikan:

1. Usop x Ara Johari – 85% (Senja Nan Merah) 

Dayang Nurfaizah: Awak tiada benda saya nak komen. Awak ada karakter yang disenangi bila nyanyi, setiap minggu sangat konsisten. Nak cari salah macam apa ye. Bagi saya setiap performance awak, harap jangan jatuh sebab awak bagi vokal antara yang terbaik dalam petandingan ni. 

Michael Ang: Kebanyakkan komen netizen puji awak kaw-kaw. Sejujurnya, awak penyanyi yang bijak. Bila perform, awak jadi orang lain bukan seperti awak yang sebenarnya. Tu yang jadi kita suka dgn cara awak. Keep it up.

2. Farisha Iris x Fieya Julia – 81% (Cinta) 

Dayang Nurfaizah: Bagi saya, persembahan awak sangat clean. Tone awak komersial dari lagu laju sampailah lagu ballad. Saya dengar kat bawah ni macam wow. Selalu duet macam caca-marba, tapi persembahan awak keseluruhannya saya enjoy dan sedap. Keep it up untuk minggu depan

Michael Ang: Malam ni pertama kali peserta pertandingan lagi bagus dari penyanyi jemputan. Kalau boleh kurangkan solekan sikit. 

3. Azzam Shah x Khai Bahar – 80.20% (Canggung) 

Faizal Tahir: Saya rasa minggu pertama, awak antara dua tiga peserta yang menunjukkan konsistensi. Saya tengok setiap persembahan atas pentas secara penuh. Tapi dalam masa tiga minggu ni awak boleh handle tekanan, selesa di atas pentas. Pilihan lagu yang baik untuk pertandingan, pemilihan pasangan nyanyian juga bagus kerana dan ia sangat penting dalam pertandingan. 

Ajai: Tadi ketara projection awak dengan Khai, suara dia lebih tebal. Awak kena jaga-jaga. Bila duet, dua-dua kena ada kekuatan. Awak kena setanding dengan projection dia. Kalau jadi lagi macam ni, tukar note untuk awak nampak lagi besar dari dia. 

4. Qody Rany x Amir Masdi – 73.4% (Salam Untuk Kekasih) 

Ajai: Hari ni nyanyian awak pada saya teruk. Banyak sumbang daripada permulaan verse. Jangan guna kekuatan nada tinggi. Awak penyanyi yang baik, jangan buat kesilapan yang tak perlu dibuat. 

Lah Ahmad: Tahniah terbaik sangat, saya rasa awal-awal macam build up jadi bila penghujung ending dia saya puas hati. Berbalas-balas ada chemistry. Bolehimprove dari segi perjalanan tu, kontrol bahagian penceritaan di bahagian pertengahan.

5. Fadh Majid x Kucaimars – 73.2% (Kekasih Bayangan) 

Faizal Tahir: Saya tiada masalah dengan suara, suara lenggok sedap. Tapi sebab kita di Big Stage, kita pandai guna peluang untuk guna pentas yang besar. Tema Duominasi, saya tak nampak sebarang interaction dengan partner sebab awak fokus pada vokal. Gunakan pentas ini untuk buat perkara lain atas pentas. Tiada connection dengan Kucaimars. Vokal awak antara yang bagus dalam Big Stage. 

6. Hafiz Zainal x Muna Shahirah – 67.60% (Dilema 03) 

Dayang Nurfaizah: Sebenarnya tadi bila Hafiz nyanyi lagu ni, saya agak risau tapi vokal awak improve banyak. Sebelum ni awak try hard tapi bila less, baru saya dengar tone suara awak. Ada sharp sikit tapi kita boleh perbaiki lagi. Saya berpuas hati konsert ketiga ni awak faham apa yang kita cuba sampaikan. 

Michael Ang: Hafiz banyak peningkatan, netizen banyak masalah ni, cool down sikit. Ni persembahan pertama. 

7. Yamani Abdillah x Syafiq Farhain – 65.60% (Isabella 98) 

Faizal Tahir: Saya biar vokal pada Ajai atau Dayang. Saya di sini mencari seseorang yang boleh beri sesuatu yang menarik pada industri. Bapa awak berdua tak perlukan pengenalan. Kenapa pilih lagu ni, bila masuk Big Stage, awak perlu ada branding sendiri. Awak ada bakat yang boleh berdiri atas kaki sendiri. Persembahan malam ni tak teruk, boleh jadi persembahan tribute yang baik sampai penonton boleh berdiri. Good luck. 

8. Nana Sheme x Adzrin – 61.80% (Setia) 

Ajai: Memang nampak improvement dari segi nyanyian. Tapi minggu ni saya tak rasa awak sedap macam last week sebab minggu ni nampak awak berjaga-jaga. Jangan ikut penyanyi asal, improvise ikut keselesaan awak. Apabila placement awak tak biasa, awak akan jadi sumbang. Awak perlu ada trademark tersendiri. 

9. Dinie Rashid x Wani Kayrie – 60.60% (Takdir Tercipta) 

Ajai: Pada nyanyian, saya tiada masalah dengan penghayatan, saya ada masalah dengan projection low note. Pada chorus tu bila awak support projection, okay. Tapi fokus pada verse bagaimana nak project bagi sedap. Letakkan projection pada penghayatan. Insya-Allah awak akan dapat hasilnya. 

Lah Ahmad: Overall mungkin awak nyanyi vokal penghayatan dah okay tapi picthing kena jaga, nak pegang melodi chorus, ada kena bagi keras dan lembut. Kena banyakkan latihan lagi. 

10. Amir Hasan x Sarah Suhairi – 53.60% (Bicara Rasa) 

Lah Ahmad: Tahniah persembahan yang baik, awak nampak segak. Tapi overall kita senang tengok, duet sekata dan okay. Rasa dari segi vokal boleh diperbaiki lebih-lebih lagi dari segi feel diri awak sendiri. Jangan ikut lagu tu versi penyanyi asal, letakkan identiti diri awak dalam lagu. 

Michael Ang: Awak better dari minggu lepas tapi not good enough. Nasib baik partner awak letakkan diri satu level awak, kalau tak awak kelaut. Awak kena kerja keras dan tak boleh harapkan undi penonton.

11. Sandra Dianne x Sufi Rashid – 44.80% (Aku, Kau & Muzik) 

Lah Ahmad:  Bila menyanyi, penyanyi kena ada di situ, fikiran awak nampak macam ada di tempat lain. Bila kita menyanyi atas pentas, kena pandai sampaikan cerita pada orang, sepenuh hati. Perlu diusahakan lagi. Ada pitching sikit, boleh improve lagi. 

Michael Ang: Awak peserta kegemaran saya. Awak dapat mix review. Performance awak antara ada dan tak ada. Awak ada tone yang baik cuma jangan bazirkan. 

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000. 

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Sumber: Astro Gempak

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johanis Sani | 12

Influencer Terkenal Johanis Sani Lancar Jenama Fesyen JINKS

Rozita Che Wan 1 | 13

Zain Saidin Kena Kolestrol Tinggi, Akui Che Ta Masak Sedap Sangat