in ,

Dua Pegawai Kanan Dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Ditahan SPRM

Dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, lapor Kosmo.

Gambar Hiasan

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pihaknya bagaimanapun masih belum dapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit atau kes lain. Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM.”

– Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Sinar Harian melaporkan, Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) sedang menjalankan siasatan dalaman susulan dakwaan beberapa anggota polis terlibat dengan sindiket Macau Scam. Beliau turut berkata,

polis3
Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Kita akan memastikan sama ada dakwaan itu benar atau sejauh mana penglibatan anggota polis dengan sindiket Macau Scam.”

– Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani

Pihaknya juga akan menjalankan siasatan dalaman berhubung tohmahan yang didakwa oleh sesetengah pihak di media sosial berkenaan pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

Terdahulu, media melaporkan tentang taktik tipu daya dan menggunakan populariti artis bagi menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama serta perniagaan sah.

Kegiatan itu akhirnya berkaya dikesan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM daripada hasil risikan dan siasatan yang dijalankan mereka telah menahan lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk.

polis-cuci-duit

2 Pegawai Polis Ditahan SPRM

Polis mengesahkan dua pegawai kanan dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya masih belum mendapat laporan lengkap berhubung penahanan berkenaan.

“Kita masih menunggu sama ada dua pegawai itu ditahan atas kes cuci duit atau kes lain.

“Saya tidak boleh ulas kerana siasatan dijalankan SPRM,”katanya pada sidang akhbar di Maktab Polis Diraja Malaysia di Cheras di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Acryl memberitahu pihak polis juga menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan sesetengah pihak di media sosial berhubung pembabitan pegawai polis dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis sebelum ini.

“Kita tunggu hasil laporan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) untuk tindakan lanjut,” ujarnya. 4

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Bilakah Waktu Sesuai Untuk Pakai Penutup Hidung & Mulut

WeTV iflix Siar Filem AKU BUKAN GILA Lakonan Beto Kusyairy & Fasha Sandha