in , ,

DSV Yakin Iqbal Tak Dapat Cari Pengganti Sepertinya

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli membawa diri ke Indonesia dan mungkin akan menetap di sana.

Iqbal juga berharap dia dapat bertemu kebahagiaan di negara seberang itu serta bertemu orang yang dapat menyembuhkan luka di hati.

Bagaimanapun, bekas kekasihnya iaitu Datuk Seri Vida mempersoalkan kemampuan Iqbal untuk mencari pengganti lebih-lebih lagi wanita sepertinya.

“Kata dia nak cari penganti di Indonesia, tapi boleh ke nak cari penganti macam aku? Saya rupawan dan genit-genit manja. Kau mampu nak cari pengganti seperti aku? tidak sekali-kali! Sekarang saya enjoy dengan kehidupan saya,”

– Datuk Seri VidA

Dalam pada itu, Vida berkata dia kini tidak lagi berhubung lagi dengan Iqbal selepas bekas pembantu peribadinya itu mengatakan tidak mahu lagi meneruskan hubungan.

Terdahulu, Iqbal berkata dia kini cuba untuk mendekati dan mahu mengenali Rossa dengan lebih dalam. Iqbal berkata Rossa seorang yang lemah lembut, sopan, tidak gedik mahupun bising.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TRAVEL

Pengalaman Program Hos Komuniti Selangor Bakal Memenuhi Dua Hari Anda!

Sebuah Lagi Filem Trilogi Spider-Man Dirancang Selepas No Way Home