in , ,

Drana Erna Shuraya Lakonan Tasha Shila

Panggung RTM Khas Tahun Baru 2013: Telefilem Terbitan RTM/RTB Bertajuk Erna Shuraya Di TV2

[dropcap]P[/dropcap]ermulaan Tahun Baru 2013 disambut Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan manjanjikan kelainan dalam program tayangannya dengan menyiarkan sebuah telefilem menarik hasil kerjasama dua hala RTM-RTB (Radio Televisyen Brunei).

Menariknya, penonton telefilem diberi tajuk Erna Shuraya yang disiarkan pada 1 Januari 2013, jam 10.00 malam menerusi saluran TV2 ini berpeluang menyaksikan gabungan lokasi dua negara serumpun ini yang turut menampilkan pelakon popular Tasha Shila, Shakilla Koriri, Shukri Mahari, Sharin Bali, Norakmalina Iskandar, Murni Japar, Aishah Sidek, Amran Ismail dan Rosman Hassan.

Drana Erna Shuraya Lakonan Tasha Shila

[pullquote align=”right”]Drana Erna Shuraya akan disiarkan pada 1 Januari 2013, jam 10.00 malam menerusi saluran TV2[/pullquote]

Kongsikan kisah Erna seorang yang amat teliti dalam memilih mangsanya.setelah melakukan penipuan di Semenanjung Malaysia, dia melancong ke Sabah. Di Sabah, dia mengesan melalui laman sosial seorang pemuda anak hartawan di Brunei. Di laman maya Hasrul mencari idea untuk memulakan perniagaannya. Dalam keghairahan untuk mendapat maklumat, dia terlupa bahawa tidak semua orang ikhlas memberi pandangan termasuk Erna. Erna mengambil peluang dan segera mendekati Hasrul tanpa disedari.

Erna memperkenalkan diri sebagai usahawan muda berjaya dari Kuala Lumpur dan diberi kepercayaan oleh keluarganya untuk menerajui perniagaan mereka. Dia berhasrat mahu memperbesarkan perniagaannya di Sabah dalam projek tanaman kenaf. Tanaman ini sedang meningkat maju terutama di Malaysia. Dia sendiri telah mempunyai lading di Sabah dan Semenanjung.

Melalui laman maya, dia sering memberi pandangan dan tunjuk ajar kepada Hasrul. Erna seorang yang amat sabar kerana dia sentiasa menunggu masa yang terbaik dalam menjalankan penipuannya. Setelah yakin usahanya untuk memperdayakan Hasrul menunjukkan reaksi positif, Erna pantas menjalankan misi penipuannya.

Hasrul amat bersemangat apabila mendapat sokongan dan tunjuk ajar dari seorang yang telah berjaya seperti Erna. Dia percaya kepada Erna disebabkan oleh kemurahan hati Erna dalam perbelanjaan dan juga cara penampilan Erna. Erna sentiasa hadir dalam penampilan yang anggun. Dia bukan sahaja hadir sebagai seorang rakan perniagaan tetapi juga sebagai wanita idaman.

Jalil merupakan sahabat dari kecil Hasrul. Dia mempunyai naluri syak wasangka. Dia sering menasihati Hasrul supaya memeriksa latabelakang Erna. Bagaimanapun Erna berjaya menghidu kecurigaan Jalil dan dia telah menggunakan teman baiknya, Shuraya untuk menggoda Jalil.

Erna merancang satu pertemuan rahsia untuk merapatkan Shuraya dengan Jalil. Akhirnya rancangan Erna berjaya, Jalil telah jatuh cinta dengan Shuraya.

Erna kembali menumpukan perhatian kepada rancangan asalnya untuk menipu Hasrul dengan jumlah yang amat banyak. Dia mengadakan satu perjanjian perniagaan yang tidak wujud dengan meyakinkan Hasrul bahawa ia akan memberikan pulangan lumayan. Akhirnya Hasrul teruja dengan janji manis diberikan oleh Erna.

Drama ini diarahkan oleh Mohd Zamani Ibrahim (RTM) dan Hajah Jauyah Haji Chuchu (RTB).

Drana Erna Shuraya Lakonan Tasha Shila

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khairul Fahmi Che Mat Apex & Leuniey Natasha Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Sinopsis Drama Bersiri Debunga Lalang Lakonan Zul Ariffin