in

Drama Tiramisu

Menyusuli “SERIBU KALI CINTA”, slot AKASIA bakal menayangkan sebuah lagi siri drama romantis, TIRAMISU lakonan hebat Sharifah Amani, Pierre Andre, Tania Hudson, Zain Ruffedge dan Sheila Mambo mulai 27 Disember 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang.

TIRAMISU mengisahkan Melur (Sharifah Amani) dan Dani (Pierre Andre) yang telah berkawan rapat semasa belajar di sekolah terpaksa berpisah apabila Dani memilih untuk menyambung belajar di luar negara.

Mereka berjanji bahawa sekiranya masih bujang pada usia 28 tahun, mereka akan berkahwin. Melur dan Dani berhubung menerusi emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing. Namun, takdir telah menemukan semula Melur dan Dani. Masih adakah perasaan cinta dalam hati mereka?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Philippine Patriots Set To Soar With Airasia

Tune Group Media Night 2010