in , , ,

Sinopsis Drama Terbaru RONA RONI MAKARONI Arahan Shahrulezad

Melihat kepada poster teasernya pun, kita dah tahu drama terbaru yang katanya belum lagi menjalani pengambaran ini sesuatu yang cool.

Memang lecur air liur kan tengok macaroni. Sesiapa yang suka dengan masakan Itali cam ni mesti tak sabar nak tengok drama ni, kan? Satu perkara lagi, tak pernah lagi, tajuk drama diberi nama Makaroni. Kira itu dah jadi tema dan dari situ penonton dapat tahu drama ni akan berkisar tentang apa. Yea, tentang makanan Itali bernama Makaroni.

Budiey percaya, kalau korang dah selalu sangat menonton drama arahan Shahrulezad dan juga diterbitkan oleh Radiusone Sdn Bhd, akan tergambar di kepala korang akan drama-drama mereka yang sebelum ini meletop-letop sehingga memecah rekod jumlah penonton. Tengok tajuk pun semuanya unik-unik, kan? Ha, itulah konsep diorang nih. Kira satu kreatif la jugak sebab nak lari dari dunia klise.

Tapi mungkin sebab keunikan itu, drama hasil garapan dari seorang pengarah kreatif ini akan ditayangkan pada 27 November 2008 di Astro RIA. Mengapa bukan TV3? Ha, itu kena tanya tuan pengarah la, kan. Dikhabarkan pengambaran akan berlangsung selepas hari raya ini iaitu bermula 15 Oktober di sekitar Kuala Lumpur dan Kedah.

Drama ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin berjudul Rona Roni Makaroni. Bunyi macam kelakar je kan? Unik dah satu hal bila mana menggunakan tagline What Happens When Lovs Comes Not At First Sight But First Bite.  Mmm, mesti happening citer ni. Tapi tak tahu nak kata lah… pengambaran pun belum bermula lagi.

Budiey dah baca seimbas lalu sinopsis yang diberikan.

Ternyata, satu kelainan dan keunikan akan dipertontonkan kepada penonton. Orang kata, drama kita selalu sangat cerita tentang dunia realiti dan terlalu klise. Tapi Budiey percaya dalam drama ini, korang akan terhibur dan mendapat sesuatu manfaat darinya.

Cuma satu je, korang akan perasan jugak team Radiusone nih tak pernah nak ambil pelakon baru. Budiey perhatikan asyik dengan pelakon yang sama untuk setiap drama. Kalau tak percaya, korang boleh tengok… drama ini dibarisi oleh pelakon handalan seperti Syarifah Amani sebagai Rona, Bront Paralea sebagai Roni, Sharifah Sofea sebagai Gia, Isma Yusoof sebagai Ben, Wan Sharmila sebagai Jess.

Apabila diajukan persoalan ini, jawabannya dikatakan team mereka sudah seperti satu famili dan menggunakan pelakon sama memudahkan sedikit urusan mereka bekerja. Apatah lagi, mereka begitu akrab sehinggakan masing-masing dah tahu tentang karakter dan watak yang dipikul. Bukankah ini akan menjimatkan masa dan kos penerbitan dan pengambaran.

Untuk info pembaca Budiey.com, drama ini adalah hadiah untuk peminat drama Sindarella di mana korang dapat tengok senarai pelakon adalah sama dengan drama tersebut. Tetapi yang nyata, cerita dan plot tidak sama dengan drama Sindarella.

Kepada korang yang rasa tak puas menonton drama cinta tiga segi antara Zoela, Hussien dan Ayu, korang kena tengok drama ni, okay? Sebabnya, Sindarella tidak ada musim kedua… huhu! Itu yang pastinya!

Sinopsis Rona Roni Makaroni.
Drama ini mengisahkan mengenai watak Rona yang merantau ke Kuala Lumpur semata-mata mahu mencari bapanya yang bernama Jalil. Sesampai je kat Kuala Lumpur, Rona bertemu dengan Roni yang mempunyai restoran itali. Dimana Rona membuka restoran ini adalah semata-mata untuk kekasihnya yang dia kenal sejak belajar di Itali bernama GIA, seorang pelakon yg sangat femes.

Hubungan Gia dan Roni semakin teruk sebab Gia terlalu fokus dengan kariernya sebab terpengaruh dengan Ben, manager Gia yang manipulatif dan bermuka-muka. Yang peliknya, Roni hanya akan masak sedap apabila, dia ‘in love’, tapi bila hubungan dia teruk dengan Gia, masakannya akan menjadi tak sedap dan restoran dia makin kurang pelanggan.

Rona pula seorang pompuan kampung yang suka memasak resepi yang unik dan pelik-pelik seperti macaroni kari lah, gulai macaroni asam pedas lah dan macam-macam lagi. Dan yang Budiey rasa pelik bila mendapat tahu Rona akan memasak sedap bila dia nervous. Huhu, bunyi macam tak real tapi tak mustahil berlaku, kan? Apabila dia secara tak sengaja masak sedap di restoran, Roni terus ambik dia kerja.

jess pula ialah adik kepada Roni yang sukakan Ben (pengurus Gia), kerana Ben seorang PR yang sangat bagus punya, kata dia manager la kan? Tapi dia tak layan pun Jess. Persoalannya, mengapa Ben tak layan Jess? Mungkinkah Ben seorang gay atau lesbian ke hahah kita tak tahu, kan? Tapi dia sangat sayangkan GIA sebab dia jaga Gia gila-gila lah punya.

Jadi, drama ini berkisar dan berlatar belakangkan sebuah restoran dan makanan. Bagaimana cinta tiba dia hati semua watak ini dengan hanya disebabkan restoran italian yang diberi nama GIAmacaRONI sempena hubungan cinta Roni terhadap GIA.

Nantikan kesudahan cerita komedi romantik daripada pengarah yang berjaya mencuri hati penonton melalui drama bersiri Emil Emilda dan Sindarela.

Mungkinkah Gia berjaya membetulkan hubungannya dengan Roni? Mungkinkah Rona pula berjaya memikat Roni dengan masakannya yang sedap bila dia nervous?

Dan berjayakah Ben mempengaruhi Gia untuk tinggalkan Ben? Kita nantikan RONA RONI MAKARONI di Astro RIA nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 21

Gambar Anak Vanidah Imran dan Rashidi Ishak