in

Drama Teduhan Kasih Episod Akhir Cecah 4.1 Juta Penonton

[dropcap]S[/dropcap]umpah, sejak dua menjak ni, Budiey jarang menonton drama. Sibuk ya amat sebab event pagi petang malam. Memang tak sempat. Tambah lagi, bila drama tu disiarkan pada waktu petang macam slot Akasia. Tak sangka bila Budiey dapati fenomena drama Teduhan Kasih makin menjadi-jadi. Penangan Adi Putra dan Sherry Ibrahim barangkali. Terbukti semasa acara tayangan khas yang dianjurkan oleh TV3 di Rasta baru-baru ni, ribuan peminat datang semata-mata mahu bertemu mata dengan para pelakon. Hebat jugak penangan drama ni. Terbaru, Budiey diberitahu, jumlah penonton yang mengadap TV mereka menonton Teduhan Kasih mencecah 4.1 Juta! Wow, biar betul. Harap-harap drama Demi Dia lakonan Elfira Loy dan Zoey Rahman juga boleh menandingi rating drama Teduhan Kasih.

Teduhan Kasih yang bersiaran menerusi slot Akasia TV3 sejak 15 Mei 2013 telah menjadi drama pilihan nombor Satu di kalangan penonton Malaysia dengan catatan kadar tontonan sebanyak 3.2 juta penonton pada episod yang ke-20. Lebih teruja, episod akhir Teduhan Kasih berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta (15.2 TVR) atau 53% syer penonton (Total 4+) (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan episod akhir Teduhan Kasih telah mencecah 4.1 juta penonton sepanjang siaran dari jam 7.00 petang – 8.00 malam pada 2 Julai 2013.

[pullquote align=”right”]Tahniah TV3 dan semua pelakon & krew yang menjayakannya! Drama Teduhan Kasih Episod Akhir Cecah 4.1 Juta Penonton[/pullquote]

Episod akhir Teduhan Kasih juga menguasai 75% jumlah penonton Melayu berbanding stesen-stesen televisyen yang lain (Malays 4+). Lebih membanggakan, ia juga mencatat jumlah penonton tertinggi iaitu 1.7 juta penonton, bersamaan 67% di kalangan pelanggan ASTRO. Ini terus mengukuhkan lagi kedudukan terunggul TV3 di semua platform iaitu saluran TV percuma, saluran TV berbayar dah digital media.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan TV3 & TV9:

“Alhamdulillah, drama bersiri Teduhan Kasih telah menerima sambutan yang sangat memberangsangkan dan menjadi buah mulut penonton Malaysia sejak bersiaran pada 15 Mei 2013. Kami teruja dan amat terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton-penonton setia TV3 sehingga mencipta rekod baru untuk drama bersiri slot Akasia yang bersiaran pada waktu petang dengan syer penonton sebanyak 53% dan jumlah penonton tertinggi sebanyak 3.6 juta. Dengan itu, kami berharap agar terus menerima sambutan hebat daripada jutaan penonton kami agar TV3 kekal sebagai saluran TV pilihan Nombor Satu negara. Kami akan terus komited untuk menyajikan program-program hanya yang terbaik untuk tontonan semua. “

Bukan sahaja di kaca televisyen, Teduhan Kasih juga mencipta rekod baru dalam sejarah Tonton dimana ia merupakan drama pertama yang berjaya mencatat tontonan video tertinggi hampir 3 juta sepanjang musim termasuk episod akhir. Selain itu, sebanyak 413,865 tontonan tercatat menerusi LIVE TV sepanjang musim di laman web www.tonton.com.my.

Seramai 2000 peminat diraikan di Restoran Rasta, Sungai Penchala di Majlis Tayangan Ekskulsif Episod Akhir “Teduhan Kasih” yang ditayangkan satu jam lebih awal daripada waktu siaran di TV3 pada hari Selasa, 2 Julai 2013. Lebih istimewa, barisan pelakon “Teduhan Kasih” iaitu Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Julia Ziegler, Kamalia Mat Dom, Sharisa Chong serta pengarahnya, Jamal Khan turut hadir memeriahkan majlis tersebut sambil beramah-mesra dengan para peminat.

Drama rantaian 28 episod yang diadaptasi dari novel terlaris karya Marissa diterbitkan oleh Primeworks Studios. Jika anda terlepas menyaksikan drama siri ini di kaca televisyen, anda boleh menontonnya di saluran alternatif menerusi www.tonton.com.my. Pengguna laman sosial Twitter juga boleh menggunakan tanda pagar #TeduhanKasih untuk sebarang perbualan dan komen.

DRAMA TEDUHAN KASIH - SHERRY IBRAHIM & ADI PUTRA by akukecah.blogspot.com

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Video Muzik Hanya Kenangan Remix Imran Ajmain

Lisa Surihani Kini Bergelar Duta Produk Marigold Peel Fresh