in , ,

Drama Sutun Kembali Lagi Lakonan Ku Mohd Yusri Pak Leh di TV9

Drama Sutun kembali lagi! Setelah tayangan di RTM1 begitu mendapat sambutan hangat, sehingga memecah rekod jumlah penonton drama paling tinggi khabarnya… kemudian, dek sambutan mengalakkan itu, Sutun 1 & 2 ‘merayau-rayau’ pula di Astro. Sejarah yang sama tercipta. Tahniah lah ya Radiusone! 

Perjuangan tidak mati di situ. Mungkin dengan mengaplikasi resepi dalam acuan yang sama, maka Radiusone Sdn Bhd melahirkan pula drama Sutun Kembali Lagi yang akan ditayangkan di TV9 pada 11 September 2008 jam 7.30 malam! Tak lama lah… Esok lusa dah ni. Laa, nape tayang masa berbuka puasa ni… mmm… pandai-pandai la korang berbuka depan TV…. huhu!

Mengapa drama citer budak lembut ditayangkan di TV9?

Dalam drama ni siap ada aksi pondan ‘menjual’ di lorong lak tu? Tak takut kontroversi ke nanti? Sedangkan kita sedia maklum, TV9 – Dekat di Hati adalah saluran yang begitu Islamik acuannya? Tayang pada bulan Ramadan pulak tu?

Oh, rupanya, drama ini punya pengajaran sebenarnya. Positifkan minda, bukakan hati untuk menerima insan-insan sebegini memang wujud dalam masyarakat kita. Jangan kita sempitkan fikiran dan jumudkan minda. Kalau kita lihat pada permukaan memanglah nampak keburukan, tetapi sekiranya kita mendalami hakikat kejadian manusia oleh Tuhan, sebenarnya ia mendidik kita supaya menjadi insan berguna. Lagi pun TV9 katanya begitu berminat dengan Sutun ini dan kemungkinan besar mereka akan mengaut jumlah penonton yang ramai. Jangan risau ya, takde benda-benda ‘alergik’ atau sensitif dalam drama ni.

Huhu, Adek naik skuter pink ya…topi kaledar pun warna pink… semua pink nih.

Mengapa tayang dalam bulan Ramadan?

Lor salah ke? Budiey kira sesuai dengan bulan Ramadan, drama ini memang ditulis dan dibuat khusus untuk bulan mulia ini. Selain para penonton akan tercuit hati melihat gelagat Adek lakonan Ku Mohd Yusri Pak Leh, ada scene buka puasa dan bersahur, ada babak sambut hari raya dan babak-babak selepas hari raya akan diterapkan dalam drama ini. Malah, Sutun Telemovie Raya akan ditayangkan pada hari raya.

Kalau korang biasa menonton drama Mr Mama, haa, sebenarnya krew penerbitan Drama Sutun Kembali Lagi adalah terdiri orang yang sama. Hatta skripnya pula ditulis oleh orang yang sama iaitu Jai.

Sinopsis Drama Sutun Kembali Lagi

Drama komedi yang akan disiarkan pada hari Isnin hingga Khamis, jam 7.30 malam ini mengisahkan bagaimana Adek, seorang lelaki lembut yang selalu disalahertikan akhirnya berjaya membangunkan kampungnya serta mengharumkan daerah Muar dengan kesungguhannya menyeru seruan kerajaan agar kaum Bumiputera terlibat dalam sektor industri berasaskan tani. Untuk mengetahui kesudahan Sutun Kembali Lagi, pastikan anda saksinya setiap Isnin hingga Khamis jam 7.30 malam menerusi slot Mahsuri.

Isma Yusoof sebagai Fitri… songkok you tu tak leh tinggal yek? Oh itu trademark Fitri

Watak Fitri lakonan Isma Yusoof tidak lagi macam dulu. Masih dengan watak remaja Kelantan, Isma rasanya tidak punya masalah dari segi menghafal dialog kerana Isma sendiri adalah Kelantanese… satu negeri dengan Budiey.

Kalau dulu, Fitri tidak pandai bergaul dengan orang, tak bercakap, pendiam, suka menyendiri, pendek kata… kalau musim Sutun 1 dan 2, Fitri ni punya watak lelaki lembut yang tidak dapat menerima hakikat diri sendiri, tetapi untuk Sutun The Series, watak Fitri telah dikembangkan menjadi lebih yakin dan dapat menerima hakikat dirinya sebagai lelaki lembut. Malah, Fitri banyak memberi nasihat kepada Adek. Namun, yang menjadi konfliknya ialah Fitri terpaksa coverline dengan ibu bapanya yang alim dan very the Islamik one.

90% pengambaran drama 26 episod ini telah dibuat di Muar dan selebihnya di Kuala Lumpur pada bulan Julai 2008. Menurut Isma Yusoof, dalam drama bersiri ini, Isma pertama kali digandingkan dengan seorang pelakon yang begitu dikaguminya, Bell Ngasri. Salah satu filem Bell Ngasri yang seronok ditonton hingga kini ialah Kaki Bakar. Tidak syak lagi dari situ, Isma begitu berinspirasi dengan lakonan Bell Ngasri.

Bell Ngasri pegang watak antagonis yang buat kacau bernama Shamsul. Kira dia ni samseng la. Dia ni anti dengan budak-budak lembut. Tapi jahat-jahat dia, ada la buat lawak. Kelakar giler!

Adek tengah berdoa… insaf yek?

Pelakon utama drama ini iaitu Ku Mohd Yusri Pak Leh juga tampak matang dalam drama ini. Berusia 24 tahun, kalau tak silap Budiey, Ku Yusri kini sedang mengajar di Akademi Seni Kebangsaan dan dalam pada masa yang sama menuntut di Universiti Malaysa dalam Master Seni Persembahan.

Selain Ku Yusri dan Isma Yusoof, drama terbitan Radiusone Sdn Bhd ini dilakonkan oleh Megat Shahrizal, Wan Sharmila, Riz Amin dan dibantu oleh Kazaa, Aishah Atan, Ngasrizal Ngasri dan Ku Fridah

5 Sebab Mengapa Drama Ini WAJIB ditonton?

Pengubat rindu bagi penonton setia drama Sutun 1 dan 2

Banyak pengajaran untuk menginsafkan golongan lembut atau GAY

Banyak aksi komedi. Of course korang akan gelak besar.

Melahirkan masyarakat yang lebih harmoni dan saling memahami

Hiburan seisi keluarga

Wan Sharmila pun ada. Dia pegang watak Zeta, kawan baik Adek sejak kecil lagi. Tapi dalam drama kali ini, Zeta ni jatuh cinta kat adik. Satu kejutan gak ni… camna leh terpikat yek?

Fitri tengah nak beraya…

Wah, Zeta nak peluk Adek ke tu? Jangan nanti kurus pose.

– kredit foto dan poster: Radiusone Sdn Bhd

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung

Trivia: Siapa Pemilik Kasut Pelakon Ini?