in

Drama Step of Dance Kisah Penari @ 8TV

8TV sebuah rangkaian televisyen yang tidak pernah berhenti menyajikan anda program-program unik dengan bangganya memperkenalkan drama tempatan terbaru terbitan 8TV. Bermula Julai ini, sulusuri kehidupan penari dengan menonton bakal drama hebat – Step of Dance. Step of Dance akan mula ditayangkan di kaca televisyen anda pada 6 Julai 2008 jam 7.00 malam.

KEGHAIRAHAN REMAJA MENGEJAR IMPIAN
Step of Dance merupakan sebuah drama bersiri berbahasa Cina yang diterbitkan sebanyak 20 episod menceritakan mengenai jatuh bangun hidup sebagai seorang penari.

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim berkongsi pandangan beliau mengenai Step of Dance,

“Saya amat teruja dan berbangga dengan projek terbaru drama Cina terbitan tempatan ini. Step of Dance merupakan sebuah lagi projek menarik dan unik kami untuk tahun ini. Ia mengisahkan mengenai perjalanan hidup penari-penari, bagaimana mereka berhadapan dengan pelbagai situasi suka-duka dalam mencapai cita-cita mereka untuk menjadi seorang penari terbaik. Drama tempatan terbitan 8TV sering mendapat sambutan yang menggalakkan.

Saya yakin bahawa peminat dan penonton kami akan menikmati drama bersiri ini dan ia pasti akan memberi mereka sedikit pendedahan mengenai perjalanan dan kesukaran yang dihadapi oleh penari-penari, seterusnya dapat memotivasikan diri dengan percaya bahawa kunci dalam mencapai sebuah cita-cita adalah dengan adanya sikap ghairah dan ingin berjaya.

Berbekalkan semangat dan cita-cita tinggi yang dipaparkan dalam drama ini, pastinya ia sedikit sebanyak akan membantu para peminat dan penonton untuk merealisasikan impian mereka walau apa pun cabaran yang terpaksa ditempuhi.”

 

KISAH STEP OF DANCE
Step of Dance mengisahkan mengenai kehidupan empat sahabat yang walaupun datang dari pelbagai latarbelakang yang berlainan tetapi mereka berkongsi minat yang sama iaitu menari. Oleh kerana minat yang mendalam dalm bidang tarian, mereka sanggup mengharungi apa jua cabaran dan dugaan dengan satu tujuan iaitu untuk menjadi penari profesional terbaik.

Empat anak muda yang bercita-cita tinggi ini berjumpa buat kali pertamanya apabila mereka memasuki sekolah tarian yang sama untuk mendalami ilmu tarian yang terbaik dalam mencapai impian mereka. Mereka bukan sahaja diajar untuk menjadi seorang penari professional tetapi juga nilai-nilai penting dalam kehidupan. Sepanjang perjalanan mengejar impian, mereka terpaksa menempuh segala cabaran dan rintangan bersama-sama.

Tetapi apa yang bakal terjadi jika hanya seorang dari mereka diberi peluang untuk mengembangkan bakat? Adakah ia akan menjejaskan persahabatan mereka? Adakah mereka akan menyedari kepentingan persahabatan mereka dan segala susah payah yang telah mereka tempuhi bersama?

Step of Dance menampilkan pelakon-pelakon berbakat yang dicungkil dari program realiti terbaik 8TV seperti Project Superstar dan I Wanna Be A Model.

Mereka yang terlibat ialah Pei Ying (Pemenang Wanita dalam program I Wanna Be A Model, Musim Ke-2), Henly (Pemenang Projek Superstar, Musim ke-2), Joey (Finalis Top 10 I Wanna Be A Model, Musim Ke-2), Jack (Finalis Top 24 Projek Superstar Musim Ke-2) dan Christopher (Finalis Top 24 Projek Superstar Musim Ke-2). Antara pelakon lain termasuk personaliti dan celebriti 8TV seperti Dylan Liong (pengacara Step Forwards).

Step of Dance diterbitkan oleh Au Yuk Sing, merupakan orang lama dalam industri perfileman. Antara hasil kerjanya yang terkenal dan turut memenangi anugerah dalam festival filem di Hong Kong (1976) berjudul “Nu Jing”.

Step of Dance diterbitkan dengan usaha sama Media Prima Mandarin Studio (MM Studio) yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Setiap episod dipenuhi dengan pelbagai plot-plot menarik, jangan lupa untuk bersama rakan-rakan anda menonton 8TV pada setiap Ahad jam 7.00 malam bermula 6 Julai 2008 dan merasai kehidupan sebenar seorang penari! 8TV juga boleh ditonton menerusi siaran 708 di Astro.

[tags]step of dance, reality programme, ghairah, malam pertama, tips, gadget, Lam Swee Kim, Pei Ying, Media Prima, Mandarin Studio, I Wanna Be A Model, MM Studio, Pemenang Projek Superstar, Nu Jing, jack, Projek Superstar, emma watson upskirt, bunga citra lestari, gambar proton mpv baru, lucah, winona ryder, seks, bogel, artis malaysia, mykakis, Daihatsu Terios, liu yifei, alex curran, Bego, Toyota Rush, Proton BLM, beego putus tunang, kes cerai beego, suami, jalang[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik 2008

Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model