in

Drama Siri Baru Ezora Ganti Bella di Akasia TV3 Lakonan Fazura

Setelah siri ‘Bella’ yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan, satu lagi siri baru ‘Ezora’ bakal menemui penonton setia TV3 melalui slot Akasia. Siri yang bakal menemui penonton mulai 19 Mei 2008 ini menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Nur Fazura, Beego, Dynaz, Diana Rafar, Mek, Fezrul Khan, Zed Zaidi, dan Cat Farish.

SINOPSIS DRAMA EZORA
Ianya mengisahkan Carlos yang terpaksa menunda perkahwinannya beberapa hari sebelum majlis berlangsung akibat kehilangan kerja dan tidak mempunyai wang. Carlos berpindah ke bandar besar untuk mencari pekerjaan demi untuk  pulang semula kepada gadis yang dicintainya, Ezora. Sepanjang perpisahan mereka pelbagai dugaan dan rintangan datang melanda dalam perhubungan mereka. Dapatkah mereka bertahan?

Satu sesi ramah mesra drama Ezora akan diadakan pada 13 Mei 2008 (Selasa), 3.00 petang di Mutiara Damansara.

[tags]drama tv3, youtube, drama ezora, Fazura, Beego, Dynaz, Diana Rafar, Mek, Fezrul Khan, Zed Zaidi, diskaun, gambar, the curve, jualan murah, mega sales, isetan preview sales, photo, plaza rakyat, shopping complex, sogo, year end sale, yes, Cat Farish, penamat bella, ringkasan bella, kisah gadis kelantan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pementasan TItian Zaman Kumpulan Seni Persembahan PETRONAS @ Dewan Filharmonik PETRONAS

My Best Pals @ Asian Hour 8TV