in ,

Drama Seribu Kali Cinta & Putera Katak

Di mana ada cinta, di situlah derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Begitulah ungkapan cinta yang sering didengari ataupun dilafazkan. Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 mempersembahkan dua kisah cinta yang romantis di slot Akasia “SERIBU KALI CINTA” dan slot Lagenda “PUTERA KATAK” menyaksikan perjalanan cinta Nizam dan Miasara yang penuh dugaan serta nasib Putera Amar dalam mencari cinta sejatinya.

SERIBU KALI CINTA telah bersiaran sebanyak 5 episod bermula 15 November 2010 lalu di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30petang. Drama cinta romantis yang menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Seribu Kali Cinta-logo

Nizam pada asalnya yang mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Ayah Nizam, Hisyam mendesak Nizam agar pulang ke Kuala Lumpur bagi menguruskan syarikat beliau. Baginya, Nizam masih belum matang dan serius dalam hidupnya. Ibu bapa Miasara juga tidak yakin dengan hubungan Nizam dan Miasara lalu mereka pun menasihatinya agar melupakan hasrat untuk mengahwini Miasara.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Nizam tidak sanggup untuk meninggalkan Miasara. Dia yakin dengan naluri hatinya dan amat menyayangi Miasara. Apakah Nizam sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang suami yang terpaksa melayan karenah isteri yang akan melupakan siapa dirinya setiap pagi? Saban hari, Nizam perlu mengulangi perbuatannya bagi memenangi hati Miasara. Dia amat mengharapkan bahawa dapat melihat senyuman manis dan teguran Miasara pada setiap pagi dan bukannya takut, bingung dan kekalutan.

Seribu Kali Cinta (28)

SERIBU KALI CINTA diterbitkan oleh Rozie Othman daripada SRS Production Sdn Bhd. Drama siri yang mempunyai 24 episod tersebut diarahkan oleh Haris Kadir turut membariskan barisan pelakon handalan tanahair seperti Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo, Priya Ana dan ramai lagi.

Menyusuli “Ulek Mayang” slot Lagenda bakal menyiarkan “PUTERA KATAK’ yang diadaptasi daripada cerita dongeng “The Frog Prince” mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang. Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

PUTERA KATAK diterbitkan oleh Talisman Pictures diarahkan oleh Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Siri drama yang mempunyai 20 episod tersebut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Nora Danish, Zizan Nin, Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Terus menonton SERIBU KALI CINTA di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 6.30petang dan jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah PUTERA KATAK di slot Lagenda mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30petang di TV3 dan siaran ulangan PUTERA KATAK jam 8.30malam di TV9.

Picture 55

Seribu Kali Cinta (24)

Picture 17

Picture 5

Picture 63

Picture 10

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

AirAsia Launch New Medan Bangkok Route