in

Drama Romeo Lakonan Isma Aliff di TV3

BERGELAK KETAWA DENGAN SIRI KOMEDI TERBARU ‘ROMEO’ HANYA DI TV3

Apakah perasaan anda apabila bangun dari tidur pada suatu hari dan anda mendapati anda berada pada zaman yang lain? Lebih memeranjatkan lagi bukan sahaja anda berhadapan dengan persekitaran yang baru, malah anda juga mendapati yang diri anda juga telah mengalami perubahan. Bagaimanakah anda menghadapinya? Dapatkah anda menyesuaikan diri dengan dunia baru ini? Situasi inilah yang dihadapi oleh Romi yang akan dipaparkan dalam siri komedi terbaru, “Romeo” yang akan menemui penonton TV3, setiap Rabu, jam 10.00 hingga 10.30 malam mulai 9 Julai 2008.

Siri komedi 13 episod ini merupakan hasil kerja pengarah yang tidak asing lagi dalam dunia seni tanah air, Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Ace Motion Pictures Sdn. Bhd.

Siri ini menampilkan pelakon komedi yang sudah lama tidak muncul di kaca tv, Isma Aliff sebagai pelakon utama yang membawa watak Romi. Di samping itu ia juga menampilkan pelakon-pelakon handalan yang mampu menggeletek hati penonton seperti Riezman Khuzaimi, Shamsul Ghau Ghau, Zila Bakarin, Sheila Mambo serta pelakon kanak-kanak Erin dan Adruce.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 Pn. Nurul Aini Abu Bakar berkata:

“Aziz M. Osman merupakan seorang pengarah yang cukup berbakat. Hasil kerjanya yang pernah disiarkan di TV3 seperti Dunia Anita, Puteri, Kisah Kaisara, Fara dan Vice Versa tidak pernah mengecewakan. Kami percaya bahawa garapan terbaru dari Aziz kali ini juga mampu memberikan kepuasan kepada penonton kami yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat. Lebih-lebih lagi, siri komedi ’Romeo’ ini amat istimewa dari segi jalan cerita dan watak yang cuba dipaparkan. Walaupun ianya merupakan sebuah siri komedi, namun masih diselitkan unsur-unsur yang boleh memberi kebaikan dan pengajaran kepada penonton. Disamping itu, penonton juga masih boleh berhibur dengan aksi-aksi yang mencuit hati dari para pelakonnya, terutama watak Romi yang keliru setelah terjaga dari pengsan selepas 30 tahun.”

Sinopsis Drama Romeo
Siri ini bermula pada tahun 1978 di mana Romi, seorang remaja berusia 18 tahun yang bercita-cita hendak menjadi seperti John Travolta sering menjadi perhatian dan diminati para gadis dan dicemburui pemuda seusianya, termasuk Daud. Daud merasa tercabar kerana teman wanitanya, Musliha, amat meminati Romi. Romi juga telah jatuh cinta pada Musliha dan pada suatu ketika Romi cuba menarik perhatian Musliha di satu pertunjukkan tarian disko. Namun, malang menimpa apabila secara tiba-tiba bola disko jatuh dan menghempap kepala Romi dan menyebabkannya terus pengsan dan hanya sedar pada tahun 2008.

Ketika sedar dari pengsannya, Romi terkejut dengan perubahan fizikalnya. Adiknya, Habib, yang suatu ketika dahulu merupakan pelajar yang bosan dengan kerenah Romi yang suka berlatih menari ketika dia sedang belajar, kini merupakan seorang ahli politik yang suam-suam kuku. Habib mempunyai dua orang anak iaitu Nawi dan Mimi yang senang dengan kehadiran pakcik mereka.

Walaupun menjangkau umur 48 tahun, tapi perangai Romi masih seperti remaja berusia 18 tahun. Habib serba salah kerana bimbang perangai merapu Romi akan menjejaskan karier politiknya.

Satu hari Romi telah bertembung dengan orang-orang yang pernah hadir dalam hidupnya suatu ketika dahulu iaitu Daud dan Musliha. Mereka kini merupakan pasangan yang baru bercerai tetapi Daud mahu merujuk semula namun Musliha enggan menerima Daud.

Romi yang cuba belajar mengenali dunia barunya itu dan dengan fahaman nilai hidup yang sangat asas, terpaksa menempuh sebuah zaman yang serba laju dan mencabar.
Apa yang membuat dia tenteram ialah sifat keterbukaan hati Musliha terhadapnya, namun Daud pula menjadi batu penghalang hubungan mereka. Bagaimanakah Romi berhadapan dengan pelbagai rintangan dalam hidup barunya dan berjayakah dia memenangi hati gadis impiannya kembali?

Jangan lupa untuk bergelak ketawa dengan siri ’Romeo’ ini, setiap Rabu, jam  10.00 malam mulai 9 Julai 2008, hanya di TV3.

Shamsul Ghau Ghau pakai rambut afro

[tags]drama romeo, isma aliff, Riezman Khuzaimi, Shamsul Ghau Ghau, Zila Bakarin, Sheila Mambo, disco, clubbing, anwar ibrahim, biografi, car engine, Ace Motion Pictures, cruise control, e46 bmw cars, gallery, dap, fashion designer, gangstarz3, handbags, high heels, khai rosma kahwin, lim guan eng, love dating[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Filem Kuntilanak 3

Gambar Heliza Helmi di Set Pengambaran Filem SYURGA CINTA