in , ,

Drama Raya, Abang! Mak Panggil Balik Lakonan Isma Yusoof

Bagi sesetengah artis, kehadiran bulan Ramadan al-Mubarak adalah masa untuk mereka berehat dan menghabiskan masa bersama keluarga. Selain berehat, ramai juga artis kena hadir untuk rakaman program raya dan sesi fotografi untuk majalah keluaran raya. Oh ya, Fara Fauzana ada buat rakaman untuk Joget Lambak Bersama Fara di Sri Pentas TV3. Jarang sekali kita lihat penyanyi punya banyak tempahan show pada bulan puasa. Kalau ada pun, mungkin bagi penyanyi nasyid yang lazimnya dijemput untuk menghiburkan peminat di majlis berbuka puasa. Bagi kumpulan nasyid, bulan puasa begini menjadi lubuk emas atau bulan rezeki yang melimpah ruah bagi mereka.

Terlanjur bercakap pasal rezeki, teringat saya pada Isma Yusoof, pemegang watak Jenal dalam drama bersiri Samarinda, Kerana Cintaku Saerah. Khabarnya, pintu rezeki Isma Yusoof terbuka di bulan Ramadan apabila dilamar oleh Cinequip Production untuk berlakon dalam Abang! Mak Panggil Balik!, sebuah drama sempena hari raya Aidil fitri nanti.

1397468092 A7Ff867Edb O | 3

Dua perkara yang buat Budiey teruja. Pertama, Isma Yusoof akan bergandingan dengan pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-20 iaitu Rusdi Ramli. Dalam drama arahan Shahrulezad ini, Rusdi Ramli (watak Harun) membawa Isma Yusoof (watak Budi) ke Keramat untuk mencari sesuatu. Kedua, watak yang dipegang oleh Isma adalah bukan calang-calang orang yang boleh bawa iaitu watak seorang pemuda dari Indonesia yang berhijrah ke Malaysia. Bagaimana persediaan Isma untuk bawa watak mat Indon dengan real-serealnya? Kalau cakap dalam loghat Kelantan memang sure boleh punya sebab Isma kan berasal dari Kelantan. Lagipun dalam drama Sutun 2 pun, Isma guna loghat Kelate. Samada menjadi real ke tidak Isma cakap Indon, sama-sama kita tengok nanti ya.

1396905097 2B5A925Eda | 4

1396930735 A880B19807 | 5

Puteri Fateen Nasuha, comel pula dalam drama ni.

Dengar citer, pengambaran drama ini diadakan di sekitar Segamat, Ulu Klang dan Kuala Lumpur. Buat peminat Isma Yusoof, jangan lupa untuk menyaksikan drama yang turut dilakonkan oleh Ku Faridah, Wan Sharmila dan Puteri Fateen Nasuha (pelakon drama Raksasa di TV3) ini akan ditayangkan di TV9 pada malam raya pertama, jam 9 malam.

1396929519 4A8Ea6Afbb O | 6

1397794816 E5B82B607F | 7

kredit foto: cinequip production

[tags]drama raya, aidilfitri filem drama, program tv raya, abang! mak panggil balik, isma yusoof gambar, ku faridah pic, wan sharmila, gossip rusdy ramli, gambar perkahwinan rusdi ramli, ffm, joget lambak lirik, adam, loghat kelate, sutun 2 youtube, minah indon aksi, mat indon kuala lumpur, drama raya, aidilfitri filem drama, program tv raya, abang! mak panggil balik, isma yusoof gambar[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2007 59th Annual Primetime Emmy Award Winners! Heroes Lost!

Zachary Quinto Photos at 59th Primetime Emmy Awards