in

Drama Qasidah Rindu Fatihah

Khas Aidiladha : Drama Qasidah Rindu Fatihah di TVi (Astro 180)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TVi (Astro 180) dalam menghayati sambutan Aidiladha ini tidak ketinggalan untuk turut berkongsi menyajikan program menarik buat penonton setia salurannya. Nyata ia direalisasikan menerusi tayangan sebuah drama menarik Qasidah Rindu Fatihah yang bakal menermui penonton pada 12 November 2011 (Sabtu), jam 12.00 tengah hari.

Menampilkan plot kisah yang menarik untuk ditonton seisi keluarga dan menghayati erti pengorbanan sebenar seorang bergelar ibu, drama mengetengahkan lakonan berkesan Fauziah Nawi, Watie Sadali, Ika Nabella, Talha Harith, Nasir Bilal Khan, Arash Mohamad dan Fauzi Nawawi ini pastinya mampu meruntun hati sesiapa sahaja yang bergelar seorang ibu dan anak menerusi kisah kekeluargaan yang disampaikan.

Kisahnya berlegar mengenai Masinah, seorang ibu yang inginkan keturunannya terus berada di dalam lingkungan pegangan agama yang kuat. Menjalani kehidupan tanpa ditemani individu bernama suami membuatkan Masinah menjadi seorang yang kuat semangat dalam membesarkan anak tunggalnya Fatihah dalam keadaan yang serba sederhana.

Masinah terkenal di Kampung Lalang sebagai seorang yang lunak suaranya terutama apabila mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, berzanji, qasidah dan sebagainya. Masinah juga mengajar anak-anak orang kampung mengaji. Anaknya, Fatihah juga mewarisi bakat ibunya dan setiap malam, mereka dua beranak akan mengajar kanak-kanak mengaji.

Masa berlalu Masinah mula menyedari jiwa muda Fatihah mula memberontak. Fatihah yang sememangnya memiliki suara yang lunak seringkali dipengaruhi oleh teman-temannya untuk menyertai pertandingan nyanyian hingga membuatkan Fatihah termakan kata-kata pujian mereka dan dia mula menyanyi di rumah kenduri kahwin.

Satu hari rahsianya terbongkar dan Masinah mengamuk bila mengetahui Fatihah menyanyi dalam majlis kenduri kahwin. Masinah mengambil keputusan untuk mengahwinkan Fatihah namun ditolak mentah-mentah oleh Fatihah. Pertengkaran besar berlaku menyebabkan Fatihah terus meninggalkan Masinah dan mengejar cita-citanya di Kuala Lumpur.

20 tahun kemudian, Fatihah telah memiliki sebuah keluarga dan perniagaannya sendiri. Dia telah berumahtangga dengan Amir, seorang ahli perniagaan dan memiliki anak bernama Fitri yang juga memiliki bakat nyanyian sepertinya. Sementara itu, Najmuddin pemuda yang ingin dijodohkan ibunya dengan Fatihah dulu juga kini telah memiliki keluarga sendiri dan seorang anak bernama Amar.

Tanpa disedari Fitri berkawan rapat dengan Amar hingga menimbulkan perasaan cinta antara keduanya. Amar membawa Fitri pulang ke kampungnya dan memperkenalkannya dengan Masinah yang sudah dianggap bagai neneknya sendiri kerana setelah Fatihah menghilangkan diri, hanya Najmuddin yang mengambil berat soal dirinya.

Sementara itu Masinah masih setia menanti kepulangan Fatihah dan berharap anaknya itu dapat pulang menemuinya sebelum dia menutup mata. Namun masih adakah kesempatan untuk mereka bertemu semula?

Saksikan kesudahan drama menarik sarat kisah kekeluargaan dan keinsafan khas Aidiladha ini hanya di TVi.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pasangan Selebriti Paling Romantis di Anugerah Skrin 2011

Haruman Outspoken Intense Fergie dari Avon