in ,

Drama Putri Yang Ditukar

KRISIS IDENTITI & DARJAT KERANA CINTA

“Bagai kaca terhempas ke batu”; harapan sebuah keluarga yang ingin membina mahligai yang lebih bahagia musnah akibat cinta tulus ikhlas dua individu yang tidak direstui. Akibatnya, dendam dan sengketa menjadi permainan hidup sehingga merosakkan pertalian persahabatan dan punah segala impian. Berjayakah si puteri yang hilang kembali ke pangkuan dan terleraikah kebenaran yang disembunyi selama ini?

Istimewa untuk peminat setia TV3, jangan lupa untuk mengikuti drama bersiri terbaru yang dijayakan oleh barisan pelakon hebat dari seberang seperti Nikita Willy, Glenn Alinskie, Rezky Aditya, Lucky Perdana, Yasmine Wildblood, Citra Kirana, Marini Zumarnis, Sultan Djorghi, Atalarik Syah dan Tsania Marwa. Mula disiarkan pada 27 September lalu, teruskan menonton “PUTRI YANG DITUKAR”, bersiaran menemani anda menerusi slot Sinetron pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 2.00petang.

PYD Poster

Diterbitkan sebanyak 175 episod, kisah PUTRI YANG DITUKAR bermula dengan kisah percintaan Ihsan dan Aini yang dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga masing-masing. Kedua-duanya berasal daripada keluarga yang hidup secara serba sederhana, namun, ibu Aini berjaya memikat hati Prabu, seorang hartawan yang mempunyai ramai musuh juga banyak muslihat dan agenda yang tersembunyi. Ihsan ternyata begitu sedih apabila mengetahui bahawa Aini telah dijodohkan dengan Prabu dan tiada apapun yang mampu dilakukan olehnya untuk menghalang mereka daripada berkahwin.

Tekad dengan keputusannya, Ihsan yang didorong rasa cinta yang begitu dalam mengajak Aini untuk lari meninggalkan majlis perkahwinan itu. Prabu yang terkejut dengan kehilangan Aini telah berjaya mematahkan usaha mereka dengan ‘membunuh’ Ihsan di dalam satu kemalangan jalanraya yang dirancang.

Tujuh belas tahun telah berlalu, kini Amira dan Zahira merupakan dua orang gadis yang mempunyai latar belakang berbeza. Amira dibesarkan di dalam kehidupan yang serba sederhana bersama kedua-dua orang tuanya, Ihsan dan Utari. Mereka sekeluarga menjalani kehidupan seharian dengan penuh kasih sayang dan begitu ceria. Walaubagaimanapun, dunia ternyata berbeza buat Zahira yang mempunyai kehidupan yang cukup mewah bersama kedua-dua orang tuanya, Prabu dan Aini, di samping ibu tirinya, Malena dan kakak tirinya, Meisya.

Kemewahan bukan segala-segalanya, Zahira tidak pernah mendapat layanan setimpal sebagai seorang anak perempuan daripada ‘ibu bapanya’ dan sering menjadi bahan mainan Malena dan Meisya. Tetapi, berbekalkan perhatian dan bantuan yang sering diberikan oleh pemandu dan pembantu peribadi keluarganya, Arman, seorang jejaka muda yang cukup mengasihani keadaan Zahira, anak gadis itu setia bertahan menanggung derita.

Namun, tiada seorang pun yang mengetahui akan rahsia yang tersembunyi di sebalik dua keluarga tersebut, dimana Zahira sebenarnya merupakan anak kepada Ihsan dan Utari, manakala pasangan Prabu dan Aini pula merupakan ibubapa kandung kepada Amira. Apakah punca sebenar dan siapakah yang menjadi dalang di sebalik pertukaran kedua bayi ini ketika dilahirkan? Mampukah Amira dan Zahira menerima nasib dan takdir mereka setelah dipertemukan dan siapakah sebenarnya Arman?

Temui jawapannya dengan menyaksikan drama bersiri hebat terbitan SinemArt, ”PUTRI YANG DITUKAR” menerusi slot Sinetron pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.00petang, hanya di TV3! Kini, anda juga boleh menonton program kegemaran anda dengan melayari laman sesawang TV3 di www.tv3.com.my / www.tonton.com.my. Ikuti program-program kegemaran anda menerusi telefon pintar anda dengan mendaftar masuk ke m.tonton.com.my.


Atalarik-Syah_1

Glen-Alinsky_04

Nikita-Willy_05

Rezky-Aditya_3

Yasmine_02

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Primeworks Studios Launches Just A Minute

Ujibakat Idola Kecil Musim 4 di Sri Pentas