in ,

Drama Psikik Temukan Miera Liyana & Lash Mokhtar

Drama Psikik Temukan Miera Liyana & Lash Mokhtar. 13 Episod Psikik Temukan Miera Liyana Dan Lash Mokhtar Di TV1

Episod pertamanya yang telah pun menemui penonton 20 Julai lalu nyata mendapat reaksi positif penonton yang gemarkan siri bercorak fiksi apatahlagi ia disampaikan dalam versi Melayu yang lebih dekat di hati penonton.

13 episod drama Psikik yang menemui penonton TV1, setiap Jumaat, jam 2.00 petang ini mengisahkan seorang gadis bernama Sukma yang setelah bangun dari koma selama 10 tahun, menyedari dirinya memiliki kuasa aneh dimana dia dapat melihat bayangan dan menerima cebisan imbasan yang ada kaitan dengan masa depan atau sesuatu kejadian lampau.

Miera Liyana Dalam Psikik Di Tv1

Dibawakan watak utamanya oleh pelakon genit Miera Liyana di samping Lash Mokhtar, Amar Asyraf, Hilal Azman, Razali Hussain, Marup Mustafa, Radhi Khalid, Kuza dan Irma Hasmie, plot cerita ini berdasarkan memori terakhirnya tragedi pembunuhan ibu bapanya, Sukma terdorong dan nekad untuk mencari jawapan daripada misteri pembunuhan keluarganya.

Namun perjalanan Sukma tidak semudah yang digambarkan kerana dalam pencarian itu dia terpaksa berdepan dengan situasi misteri dalam hidupnya. Pada masa sama Sukma mula menguasai dan memahami keupayaan yang ada dalam dirinya. Dia mulai tenang dan tidak tertekan dengan kuasa yang dimilikinya itu dan dia mula menerima seadanya ‘kurniaan’ terhadapnya itu.

Dalam keadaan yang masih kebingungan dengan kehendak pihak ketiga dan tidak mahu menyinggung perasaan orang yang disayanginya, Sukma dengan berat hati menggunakan kebolehannya menyelesaikan pelbagai kes-kes jenayah yang pada zahirnya agak normal tetapi sebenarnya ada kaitan dengan perjalanan hidupnya.

Di setiap episod Sukma akan dibantu oleh teman-teman rapat dan keluarganya dalam mengharungi detik-detik mencari identiti sebenar melibatkan hubungan, kepercayaan dan harapan yang akan menentukan segala-galanya.

Untuk mengetahui apakah kisah sebenar di sebalik kejadian yang menimpa Sukma dan keluarganya dan berjayakah Sukma menyingkap kebenaran, tontoni drama rantaian mengisi slot Mahligai hanya di TV1.

Drama Bersiri Psikik Di Tv1

Babak Dalam Psikik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lynnzay Affandy Lancar Single Inggeris ANGEL DUST

How To Buy Tickets Concert BigBang Malaysia Tour 2012