in

Drama Noktah Erna Ganti Drama Asmaradana

BERTAUT KASIH DALAM HUBUNGAN
Slot Samarinda Sarat Mesej Pengajaran Hidup

Dalam islam, Nabi Ibrahim telah menerima wahyu dari Allah untuk mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail. Yang paling menarik ialah bagaimana Nabi Ibrahim bertanyakan pandangan anaknya sendiri dalam sesi korban ini. Semuanya ini adalah satu pengorbanan yang besar dan erti pengorbanan ini harus difahami, diteladani dalam mengharungi kehidupan harian.

Bercakap mengenai pengorbanan yang dilakukan, terbaru di Slot Samarinda ialah sebuah drama yang sarat dengan mesej yang berkisarkan tentang pengorbanan yang dilakukan dalam menempuh duniawi penuh pancaroba. Diberi judul Noktah Erna, ianya sebuah drama berat yang memfokuskan tentang kehidupan kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang cucu cuba menyatukan hubungan ibu dan datuknya yang sudah lama terpisah.

Noktah Erna yang akan memulakan siaran ulungnya di TV3 pada 5 Mei 2010, setiap hari Selasa -Khamis jam 10.30malam mengingatkan penonton bahawa pengorbanan untuk mereka yang kita kasihi, lebih-lebih lagi untuk mengeratkan silaturrahim adalah sesuatu yang mulia.

4077742837 D98B6F7E60 O | 4

Julia Ziegler

4194795803 46Fb89696B O | 5

Awal Ashaari

Ketika ditemui, Pengurus Besar Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar menyifatkan Noktah Erna sebuah nukilan drama yang bermutu khusus untuk tontonan keluarga untuk menontonnya bersama. Kupasan dari skrip yang dihasilkan oleh penulis skrip berbakat Zarihah Hassan cukup mengagumkan, umpama sebuah kisah yang benar-benar berlaku dari pengalaman beliau,” ujarnya

“Inilah yang kami mahu, sebagai stesen televisyen, kami adalah landasan bagi penulis-penulis skrip dan penerbit dalam menghasilkan drama yang mempunyai mesej yang berupaya memberi input dan mesej kepada penonton. Jalan ceritanya menyedarkan penonton bahawa kasih sayang yang terhasil kadang kala akan di uji pada tahap maksimum tanpa di duga, “ujar Nurul lagi

Keseluruhan sinopsis berkisarkan kasih sayang antara ahli keluarga terutama antara ibubapa dan anak-anak tiada batas sempadan, tetapi kerap kali kasih sayang itu diuji sehingga menyebabkan kedua-dua belah pihak terluka dan mereka berpisah tanpa kerelaan. Itulah yang dilalui oleh Haji Taufik dan Aishah. Disebabkan ayahnya cuba menjodihkan Aishah dengan calon menantu pilihannya Aishah meninggalkan rumah bersama suaminya, Ismail yang tidak direstui oleh Haji Taufik.

Kedua-duanya Haji Taufik dan Aishah terasa hati dan tersinggung dan tidak mahu mengalah. ‘Perang dingin’ antara mereka berlarutan selama 25 tahun. Hubungan mereka kembali bertaut dengan kehadiran dan pengorbanan Erna.

Aishah dan Ismail sedang membuat persiapan untuk menyambut kepulangan anak tunggal mereka Erna yang akan pulang dari luar negara setelah menamatkan pengajian di luar negara. Begitu juga dengan keluarga jiran mereka, iaitu Cikgu Sakinah dan En. Mahfuz, mereka juga membuat persiapan untuk menyambut kepulangan Shamsul. Shamsul dan Erna berkawan baik dan sama-sama melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Setelah pulang, mereka terpisah kerana kerja di tempat berasingan.

Cinta yang terpendam antara Erna dan Shamsul teruji apabila kehadiran Kamal sebagai rakan kongsi perniagaan yang juga merupakan cucu angkat Haji taufik. Pada masa yang sama dengan pergaduhan antara ibu dan datuk Erna. Bagaimanakah Erna melakukan pengorbanan dalam kehidupannya? Mampukah dirinya mengatasi masalah kehidupan yang dibelenggu?

Dengan mesej utama iaitu segala ilmu dan kefahaman yang kita perolehi hendaklah di amalkan seterusnya kita dapat melakukan pengorbanan dengan erti yang sebenar dalam kehidupan kita.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan lakonan mantap Rita Rudaini, Aqasha, Julia Zeigler, Awal Ashaari, Yalal Chin, Mohd Nor Bond, Liza Abdullah dan Fathil Dani dalam Noktah Erna di Slot Samarinda, Selasa-Khamis 10.30malam bermula 5 Mei 2010

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Goes Android Phones

Gambar Artis di Red Carpet AIM17 Part 2