in ,

Drama Minah Karipap Menantu 3 Rasa Demi Kasih

Kisah Keluarga, Cinta dan Pengorbanan Dalam 4 Drama Menarik Isi Slot Citra Sepanjang Julai Ini DI TV2

Sepanjang Julai ini RTM membawakan drama-drama menarik kisah kekeluargaan, persahabatan, percintaan dan kasih sayang hidangan penonton slot Citra menerusi saluran TV2. Saksikan drama Minah Karipap (10 Julai 2012), Menantu 3 Rasa (17 Julai 2012), Demi kasih (24 Julai 2012) dan 43424 (31 Julai 2012), setiap Selasa disiarkan jam 10.00 malam.

babak dalam Minah Karipap

Bukan sekadar plot cerita yang menarik, drama-drama ini juga turut menyaksikan lakonan berkesan pelakon wanita popular antaranya Norkhiriah, Almy Nadia, Fauziah Gous, Safura Yaacob dan Yatt Hamzah.

Minah Karipap lakonan Norkhiriah, Sharifah Shahora, Maimon Mutalib, Fazreen Rafi dan Almy Nadia mengisahkan seorang pelajar bernama Minah yang sangat menggemari kuih karipap. Minah akan membeli kuih ini setiap hari sehinggakan dia akan marah jika kehabisan kuih karipap kegemarannya. Obsesnya Minah terhadap karipap menyebabkan rakan-rakan menggelarnya Minah Karipap.

Dibintangi oleh Fauziah Gous, Azhar Sulaiman dan Rosnah Mat Aris, saksikan telemovie Menantu 3 Rasa mengetengahkan watak Shafik yang berada dalam dilema untuk memilih isteri.

Syafik sering dipaksa oeh ibunya untuk berkahwin kerana memikirkan usia Shafik yang semakin meningkat dan sikapnya yang terlalu mementingkan kerjaya.

Akibat desakan itu, Syafik menyuruh pekerjanya, Anisah untuk menyamar sebagai kekasihnya. Pelbagai aksi lucu berlaku semasa penyamaran mereka. Lalu apakah yang berlaku bila masing-masing kemudiannya benar-benar jatuh cinta?

Sebuah kisah mengenai seorang kakak yang sanggup mengenepikan kepentingan sendiri demi membesarkan dua orang adiknya setelah mereka kematian ibu bapa melatari drama Demi Kasih. Bahkan Maizurah sanggup menolak pinangan lantaran takut adik-adiknya terabai. Dua orang adiknya, Nora dan Fendi dijaga dengan penuh kasih sayang tetapi pengorbanan Maizurah tidak dihargai apabila Nora melayan kakaknya seperti pembantu rumah. Fendi merancang untuk membawa kakaknya keluar dari rumah Nora. Drama menyayat hati ini dibintangi oleh Safura Yaacob, Rusdi Ramli, Leez, Nasir Bilal Khan dan Enot.

Slot Citra Julai ini diakhiri dengan drama bertajuk 43424 terbitan Gama Taktik Sdn Bhd lakonan Fizz Fairuz, Shahrul Kamaluddin, Achong, Yatt Hamzah dan Bienda.

Luangkan masa anda menonton empat telemovie menarik ini hanya di TV2.

Fouziah Gous dan Azhar Sulaiman dalam Menantu 3 Rasa

Safura dan Nasir bilal Khan dalam Demi Kasih

Safura...pegang watak kakak berkorban untuk adik-adiknya dalam Demi Kasih

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jurnal Renovation & Semua Excited Untuk Menang

Gambar Majlis Berinai Ratu Rock Ella