in

Drama MEMORI PAJERI NANAS Lakonan Aliff Satar 

Astro First Eksklusif (saluran 480) sekali lagi meneruskan kesinambungannya dalam membawakan filem-filem televisyen (FTV) tempatan terbaik secara eksklusif ke kaca televisyen anda. Akan datang, penyanyi, pelakon dan pengacara serba boleh, Aliff Satar akan tampil sebagai peneraju utama dalam FTV terbaharu Astro First Eksklusif berjudul ‘Memori Pajeri Nanas’.

Memegang watak sebagai Chef Armand, seorang chef selebriti terkemuka, Aliff Satar bakal digandingkan dengan dua orang pelakon wanita hebat tanah air, Tiz Zaqyah dan Siti Saleha.Berkisar tentang perkahwinan dan cinta pada masakan, FTV ini membawa penonton menelusuri kisah perkahwinan seorang chef yang cuba memenangi kembali hati isterinya, Kayla (lakonan Tiz Zaqyah) melalui makanan yang beliau sediakan di sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Mahligai perkahwinan yang dibina atas dasar cinta kini goyah dek kerana kesibukan masing-masing.

Armand pula dilihat dari hari ke hari semakin tertekan dan beliau mula mengadu nasib kepada kawan baik beliau, Camelia (lakonan Siti Saleha) yang turut merupakan bekas teman wanitanya ketika di universiti. Keadaan tersebut mewujudkan perasaan cemburu dalam diri Kayla dan ia mengeruhkan lagi keadaan yang sedia ada berkecamuk.

Begitulah sedikit gambaran naskhah terkini milik sutradara yang bernama Aidilfitri Mohamed Yunos, figura yang sebelum ini pernah menzahirkan judul ‘Aku Haus Darahmu’ untuk saluran Astro First Eksklusif.

Filem TV bergenre drama dan romantik komedi ini menampilkan plot penceritaan yang menarik dan disusun kemas di segenap aspek utama. Dalam pada itu, ruang lingkup kecenderungan minat penonton masa kini yang lebih terarah pada filem romantik komedi yang santai dan menghiburkan boleh dijadikan faktor utama FTV ini sesuai dijadikan sajian seisi keluarga.

Tak sabar untuk bertemu dengan tonggak utama filem ‘Memori Pajeri Nanas’; Aliff Satar, Tiz Zaqyah, Siti Saleha, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi di majlis pra tonton & sidang media ini kelak.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Merz Aesthetics Celebrates One Million Ultherapy® Treatments Worldwide

Apa Ada di Sydney Market? Perkongsiannya Dalam Dokumentari LIFE INSIDE THE MARKETS