in ,

Drama LOBAK Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf di TV9

KASIH SAYANG LOBAK

Istimewa di Skrin Di 9, 26 Disember ini, TV9 membawakan anda sebuah telefilem istimewa daripada Padi Pictures Sdn. Bhd. arahan Hafiedz Othman yang berkisarkan mengenai kasih sayang di antara manusia dan seekor kuda.

[pullquote align=”right”]Telefilem istimewa yang diberi tajuk Lobak ini diterajui para pelakon hebat iaitu Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf dan Abu Bakar Omar.[/pullquote]

Telefilem ini bukan sahaja mahu menonjolkan bahawa nilai kasih sayang hanya ada sesama manusia. Sebaliknya, kasih sayang juga wujud di antara manusia dan juga haiwan.

[dropcap]M[/dropcap]enariknya mengenai telefilem Lobak ini, Adam Hezly dan Addy Ashraf ingin berdialog menggunakan loghat Sabah. Sepanjang pengambaran yang dilakukan di Sabah, percakapan mereka dipantau oleh salah seorang pengurus di sana yang berketurunan Bajau. Sebanyak 3 ekor kuda diperlukan untuk membawakan watak dan Lobak. Walaupun hujan dan awan mendung sedikit menggangu jadual dan kelancaran penggambaran Lobak, para tenaga produksi tetap komited demi memastikan drama ini terhasil dengan baik.

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Sinopsis Drama LOBAK:

[dropcap]L[/dropcap]obak mengisahkan mengenai Bakhtiar (Adam Hezly) yang berumur 8 tahun, seringkali datang ke perlumbaan kuda yang menjadi acara tradisi kaum Bajau di mana abangnya Amir (Addy Ashraf) bekerja sebagai penjaga kuda.

Pada suatu hari, Amir dan Tuan Mursid (Abu Bakar Omar), pemilik kandang kuda di mana Amir bekerja terkejut melihat Bakhtiar dengan beraninya datang dan menghulurkan sebiji lobak merah untuk dijadikan makanan kepada seekor kuda liar yang selama ini sering naik minyak dan sukar dijinakkan. Semenjak itu, kuda itu diberi nama Lobak dan jika ada sesuatu yang tidak kena pada Lobak, Bakhtiar diminta untuk ke kandang kuda bagi menenangkannya.

Keakraban Bakhtiar dan Lobak seperti tidak dapat dipisahkan lagi apabila Tuan Mursid mahu menembak Lobak setelah kuda itu tercedera dan tidak mungkin dapat berlumba lagi. Bakhtiar memohon kebenaran untuk memelihara Lobak tetapi menimbulkan rasa tidak senang di hati ibunya, Salmah (Umie Aida).

Salmah risau jika perbelanjaan mereka tidak mencukupi untuk merawat penyakit jantung Bakhtiar tanpa diketahui oleh Bakhtiar. Namun adakah kasih sayang yang terjalin antara Bakhtiar dan Lobak akan terpisah kerana penyakitnya itu? Nantikan kesudahan telefilem istimewa Lobak yang digarap dengan sinematografi menarik ini di kaca televisyen anda pada 26 Disember ini jam 8.30 malam eksklusif di TV9, saluran 119!.

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Drama Lobak Lakonan Umie Aida, Adam Hezly, Addy Ashraf Di Tv9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Bersiri Hanya Padamu di TV3

Jom Sertai Peraduan Snap-Snap AJL27 Harian Metro