in ,

Drama Komedi Seram CEPLOS di TV9 Lakonan Shazrin Sazwan

Terus segar dengan barisan rancangan menarik dan terkini, TV9 kembali menayangkan pelbagai program baru yang bakal menjadi pilihan ramai. Telah hampir empat bulan TV9 tampil segar, ceria dan kontemporari. Segala rancangan yang tersiar disesuaikan dengan semua peringkat penonton agar keistimewaan program-program yang di tayangkan menerusi saluran TV9 dapat dirasai.

Terbaru, drama komedi seram yang akan mula disiarkan pada 4 April 2009 ini akan memberi peluang kepada semua penonton untuk mengalami perasaan cemas, mendebarkan serta aksi lucu. Ceplos, itulah tajuk yang dipilih bagi drama komedi seram terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Diarahkan oleh Emi Suffian b. Abdul Sabhe dan Puan Hajah Ziela Jalil selaku penerbit, Ceplos dijangka dapat menarik minat penonton memandangkan ia menceritakan tentang makhlus halus bernama Ceplos yang sedang mencari mangsa untuk didampingi.

Drama komedi seram yang masih dalam proses penggambaran ini dibarisi oleh pelakon mantap dan berpengalaman seperti, Kazaruddin bin Saisi (Ipin), Muhammad Shazrin Sazwan (Ceplos), Maimunah binti Ahmad (Mak Senah), Kamarozaman Hj Yusoff (Mail Pilin), Syarifah Sahirah (Ijah), Norliza binti Abdullah (Rosma), Yusof Mohamed Kassim (Alfid) dan Shahrulzaman (Mat Trumpet). 

Ia bermula dengan kematian Pak Shuib yang berhasrat untuk mewariskan pendampingnya, Ceplos kepada anaknya Ipin lakonan Kazaruddin Saisi. Namun, Ipin enggan mewarisi Ceplos kerana tidak berminat dengan memilik makhlus halus atau perkara ghaib seperti itu. Tambahan, fikirin Ipin berkecamuk setelah dikecewakan oleh kekasihnya Ijah. Ipin lalu membawa diri ke Kuala Lumpur.
Ceplos terpaksa kembali kepada ketuanya Alfid setelah Ipin menolak kehadirannya. Namun, Alfid tidak mahu menerima Ceplos kerana kebaikan yang pernah dilakukan sepanjang bersama dengan Pak Shuib. Niat Alfid dan konco-konconya hanyalah untuk membawa kemusnahan dan kejahatan kepada penduduk kampung. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ceplos dan membuatkan Ceplos mencari jalan supaya dirinya diterima Ipin.

Akhirnya, Ipin menerima Ceplos sebagai pendampingnya dengan syarat Ceplos perlu menolongnya melakukan perkara kebaikan. Kepulangan Ipin ke kampung membuka lembaran baru kepada semua penduduk. Malah, kekasih lamanya, Ijah yang telah bercerai cuba mengambil kesempatan untuk kembali kepada Ipin. Namun, Ceplos sentiasa menggagalkan rancangan Ijah agar Ipin tidak akan terpedaya dengan tipu daya Ijah.

Bilakah pertempuran sebenar antara Ipin dan Ceplos dengan Alfid serta konco-konconya yang sentiasa membuat kekacauan di kampung akan berlaku? Berjayakah Ipin dan Ceplos mematikan segala rancangan jahat Alfid? Bagimana pula dengan kesudahan hubungan Ipin dan Ijah? Adakah mereka akan bersatu atau sebaliknya?

Untuk melihat kesudahannya, pastikan anda tidak melepaskan peluang menonton drama komedi seram terbaru Ceplos setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 9.00 malam bermula 4 April 2009  ini hanya di TV9.

Alamilah segala debaran semasa menonton dan bersantai bersama keluarga!

Selamat Menonton!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. pada saya ia memang lawak tetapi buat bagi panjang sikit pada hari cuti kerana ia memberi manfaat kepada orang yang putus hubungan dengan tuhan (allah).saya minta dalam cerita itu berikan nasihat secara teranggan.supaya manusia janggan berkawan dengan jin ,percaya dengan benda merapu,percaya terhadap bomoh,tamak harta orang tua dan memuja benda bodoh…………. saya ……..harap maaf walaupun saya tersalah ejaan kerana saya telah lama tidak belajar B.melayu … tetapi saya belajar arab dan tentang maklok halus ini….wassalam………..

  2. kepada sesiapa yang sudi tolong uploadkan lagu tema drama Ceplos iaitu lagu hantu.hantu yang dinyanyikan oleh entah penyanyi mana, sedap sungguh. Saya nak jadikan ringtone.

  3. saya dan family memang sentiasa menunggu siri CEPLOS .. lebih-lebih lagi anak bongsu saya danish. cuma saya minta siri ini dipanjangkan menjadi 1 jam. kerana 1/2 jam rasa macam tak puas la melihat gelagat ceplos dan ipin. apa-apa pun Kaza memang pelakon kesukaan saya begitu juga dengan Ceplos. watak Mail pilin memang best. cara dia mengubati orang orang memang kelakar … tahniah pada semua pelakon SIRI CEPLOS…

  4. Kalau boleh drama ceplos ni dibuat pada setiap hari isnin hingga jumaat…muehehehehehe..best gitu tp tulah…banyak iklan dari drama…

  5. saya sering merajuk kalo xdpt tgk ciplos..abah suka tengok bolaaaaa…sponser tv satu kat saya boleh hehehehe..janji dpt tgk ceplos

  6. saya pun suka negok citer nie….ceplos tu lawak la…time weekend mmg duk depan tv la nk negok citer nie x kuar makan pun takpe asal tak terlepas tengok cite nie….best….kalo x tengok rase rugi….

  7. nape ipin dh x kuar..x syok leeee.. anak2 sya pun dh x suka tgk sbb x de ipin…ipin g ane yek???? ipin tu jiwa dlm drama ni..klau die x de rase kosong je…..

  8. saya antara editor bagi cerita nie.. haha memang lawak.. si syazrin tu memang lawak walaupun kami tak pernah bercakap.. tapi bg saya, masa edit tu lagi lawak sebab macam2 jadi masa dorang shooting.. adoi syazrin..

  9. mielsa.. yer betol ckp awk.. syazrin berlakon dalam cerita papaya.. tu first lakonan dia kalau tak silap saya.. ceplos skrg siri 4.. mungkin yg nie terakhir sebab kami tak terima ape informasi dari ziela jalil.. semoga terhibur ya.. yang pasti ending dia sangat menyedihkan 😛

  10. drama arahan emi suffian mmg best2.x silap pepaya dgn kaber hero kaber zero pun emi sufian jgk.yg trbaru drama jidin! hihihi..keep it up!

  11. saya suka CEPLOS, tapi saya baru je menonton rasa-rasanya dalam sebulan dua ni. Dulu saya ingat cerita ni tak best, rupa-rupanya bila dah ditonton, seronok…

  12. cerita ceplos selalu tergantung tak habis citer dah lngsung tak kuar kat tv…..pastu bila ada balik citer ceplos ulang balik dari episod satu….lgi satu byk iklan dari cerita mcmmna nk layan citerceplos betul2….kdg2 boring…keluarkn jelh dvd ceplos senang nk tgk….lgsung tk ada iklan…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Menu Muzik Hot FM di TV9

Gambar Terbaru Ziela Jalil Penerbit Drama Ceplon