in , , ,

SEDIHSEDIH LoveLove CuteCute WinWin OMG!OMG! HAHAHA!HAHAHA!

Sinopsis Drama KAU PEREMPUAN ITU Lakonan Liyana Jasmay & Mustaqim Bahadon

Inspirasi kegigihan seorang wanita yang berjuang demi masa depan dan suami yang dicintainya diterjemahkan dalam drama bersiri terbaharu, “Kau Perempuan Itu” mengisi slot Widuri mulai 25 Januari ini, setiap Khamis hingga Ahad, pukul 7.00 petang di TV1.

Dalam watak Sarah yang dibawakan oleh pelakon tinggi lampai Liyana Jasmay, penonton pastinya teruja berkongsi kesungguhan dan cabaran dihadapi wanita ini yang dipaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihannya. Menariknya 13 episod drama bersiri arahan Bade Hj. Azmi turut menampilkan lakonan mantap Mustaqim Bahadon, Ariff Aziz, Neera Azizi, Razak Ahmad, dan Sheila Mambo.

KAU PEREMPUAN ITU

Kisahnya bermula dengan Sarah, Tina dan Ikram merupakan rakan sekuliah di mana Ikram bercinta dengan Sarah. Namun malangnya dalam diam Tina dan Ikram menjalin hubungan sulit dibelakang Sarah. Sarah kecewa apabila merasakan yang cintanya telah dikhianati Ikram. Dalam masa yang sama, Sarah juga bimbang dengan kesihatan ibunya yang semakin merosot disebabkan sakit kanser.

KAU PEREMPUAN ITU

Sarah menjemput sepupunya, Laila yang pulang dari Australia bersama kawannya Jihan. Di situ berlaku pertemuan tanpa diduga Sarah dengan juruterbang bernama Ari dan merupakan abang Jihan. Esoknya, Sarah terlanggar kaki Jihan di pasaraya dan insiden tersebut membuatkan ibu Jihan menyimpan dendam pada Sarah. Jihan dan keluarganya bertandang ke kenduri rumah Laila dan memperkenalkan abangnya seorang lagi, Arif, seorang doktor. Sarah menolak lamaran sepupunya, Rizal yang dianggapnya hanya sebagai seorang abang.

Ari terlanggar Sarah menyebabkan telefonnya rosak. Ari terpaksa akur untuk mengganti telefon tersebut dengan nada berlagak dan sombong. Sarah bekerja sementara di rumah Tuan Ramlee.

Jihan gembira Sarah bekerja di rumahnya. Ibu Jihan tidak suka dengan Sarah dan masih berdendam dengannya. Sarah terkejut ibunya dimasukkan ke hospital dan kebetulan dirawat oleh Dr. Arif. Sarah dibenarkan cuti oleh Tuan Ramlee untuk menjaga ibunya di hospital dan beliau banyak berurusan dengan Dr. Arif yang menjaga ibunya. Sarah terserempak dengan Ikram dan Tina di hospital yang melawat ayah Tina yang sedang tenat.

KAU PEREMPUAN ITU

Sarah mula rapat dengan Dr. Arif dan beliau mula tertarik dengan keperibadian Sarah yang menemani ibunya di wad. Tina memberi amaran kepada Sarah tidak mengganggu rumah tangganya dengan Ikram. Sarah mula hilang fokus hingga hampir dilanggar kereta Ari. Ibu Sarah dibenarkan keluar dari hospital dan Sarah kembali bekerja di rumah Tuan Ramlee.

Sarah terserempak Ari bersama teman wanitanya, Suzila. Dr. Arif meminta ibunya menguruskan pertunangan dengan Marliana. Arif terserempak dengan Sarah di hospital. Sarah terkejut mengetahui Ari adik Dr. Arif.

Ibu Jihan mengamuk apabila ayah Jihan mencadangkan Sarah untuk bekerja di pejabatnya dan menuduh ayah Jihan ingin memikat hati Sarah. Sarah kecewa apabila mengetahui bahawa Arif yang akan bertunang.

KAU PEREMPUAN ITU

Arif serba salah apabila melihat riak muka Sarah yang berubah sebaik tahu berita tersebut. Arif mengaku yang dirinya sayangkan Sarah dan mahu membatalkan pertunangannya dengan Marliana. Ari memberi amaran pada Sarah agar jangan menimbulkan kekecohan pada keluarganya. 

Satu hari berlaku kejadian Sarah dan Ari ditangkap berkhalwat. Tuan Ramlee membuat keputusan untuk mengahwinkan Ari dengan Sarah namun tidak dipersetujui Ari dan ibunya. Jihan mula berasa sangsi dengan tindakan Sarah yang mungkin mahu memiliki harta keluarganya. Ari dan ibunya sependapat bahawa kes tangkap basah ini merupakan rancangan Sarah. Ibu Ari juga memikirkan yang suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Sarah. 

Arif menghubungi Sarah meminta penjelasan dan menyatakan niatnya untuk mengahwini Sarah. Sarah terpaksa menipu dengan mengaku yang dia cintakan Ari dan memerangkap Ari untuk berkahwin dengannya demi menyelamatkan rumah tangga Arif. Perkahwinan Ari dengan Sarah diteruskan dan sebaik majlis selesai. Sarah mula menjalani kehidupan sendiri di rumah Ari dan beliau diboikot oleh semua ahli keluarga barunya kecuali ayah Ari dan Arif. Sarah yang sudah bergelar isteri telah dilayan seperti seorang hamba oleh suaminya, Ari.

Sarah dipanggil untuk bertemu dengan semua ahli keluarga Tuan Ramlee. Mereka berang apabila Tuan Ramlee memberikan saham syarikatnya sebanyak 20% kepada Sarah. Ini menjadikan Sarah menjadi pemegang saham terbesar syarikat Tuan Ramlee. Tiba-tiba Tuan Ramlee terlibat dengan kemalangan jalan raya dan berada dalam keadaan kritikal.

Ari melayan Sarah dengan kasar sehingga ditegur oleh Arif. Ari memberi amaran kepada Arif agar jangan mencampuri urusan rumah tangganya. Ibu Jihan yang tidak berpuas hati mula memarahi Sarah sehinggakan dirinya pengsan. Semua ahli keluarga Tuan Ramlee mula memboikot Sarah kerana tidak berpuas hati dengan wasiat harta. 

Ari bertemu dengan rakan baiknya Shafik dan Zalina dan menceritakan masalah keluarganya. Mereka menasihatinya tentang kebaikan dan kesabaran Sarah serta meminta Ari kembali berbaik dengan Sarah. Ari berjanji dengan Jihan untuk mendapatkan semula harta milik keluarga mereka.

Sarah bertemu dengan Peguam Tuan Ramlee dan menyerahkan surat kuasanya melantik Ari untuk menerajui syarikat Tuan Ramlee. Antara syarat wasiat ialah Sarah perlu melahirkan zuriat bagi membolehkan saham 20% miliknya diberi kepada anak dan juga ibu Ari. 

Ari mengambil keputusan untuk berhenti kerja sebagai juruterbang dan fokus kepada syarikat milik ayahnya. Ari meminta penjelasan tentang kes khalwat yang disangkanya merupakan rancangan Sarah dan Sarah menafikannya. Ari kecewa apabila Suzilah mengaku yang cintanya hanyalah merupakan satu bentuk pertaruhan dengan Haikal. Ibu Jihan mengamuk apabila melihat Sarah berada di dalam biliknya melawat Tuan Ramlee yang mula sedar namun terkejut dengan jeritan isterinya dan kemudiannya beliau meninggal dunia. Lalu apakah kesudahan jalan hidup Sarah yang penuh berliku ini? Adakah bahagia itu akan menjadi miliknya juga?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

KAU PEREMPUAN ITU

What do you think?

68 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sakit Bukan Alasan Shalma Eliana Lahirkan Single MAHUKAH KAMU Bersama Fariz Jabba

Matlamat Seni Umar Uzair Untuk 2020