in

Drama KALIS KASIH Lakonan Mawar Rashid di tonton

Apabila perasaan hasad dengki timbul, hubungan keluarga mulai berantakan. Apabila pengorbanan terjadi, apakah perasaan cinta dapat mengatasinya?

Disenaraikan sebagai perkhidmatan penstriman video tempatan nombor satu dan terbesar di Malaysia, dengan lebih dari 7.4 juta pengguna, tonton mempersembahkan drama terbaru yang berlandaskan pertalian darah, hasad dengki dan pengorbanan – Kalis Kasih yang mengenengahkan barisan pelakon seperti Mawar Rashid, Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly. Drama yang mempunyai 15 episod ini diarahkan oleh Nazir Jamaluddin dan diterbitkan oleh ZK Creative Sdn. Bhd.

Kalis-Kasih-(Web)

tonton mempersembahkan KALIS KASIH SEBUAH DRAMA MENGENAI PERSENGKETAAN KELUARGA, HASAD DENGKI DAN PENGORBANAN

Drama yang paling dinanti-nantikan ini akan disiarkan secara eksklusif di tonton bermula dari 24 November 2017, empat bulan lebih awal daripada tayangan televisyen menerusi slot TV3 Samarinda.

Drama Kalis Kasih mengetengahkan isu persengketaan dalam keluarga, antara Amanda dan Dania yang merupakan sepupu sebaya yang mempunyai karekter yang berbeza. Akibat perbezaan darjat dan dibesarkan di persekitaran yang berlainan (seorang di bandar dan seorang lagi di kampung) menyebabkan sifat dengki dan iri hati makin bercambah. Lakonan mantap dari tonggak pelakon utama iaitu Mawar Rashid, Elvina Mohamad, Amar Baharin dan Syazwan Zulkifly di samping lakonan pelakon pembantu Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Adnan dan Iduerra Matilda pastinya akan berjaya meresahkan hati penonton.

Menurut Airin Zainul, Pengarah tonton, Pelesenen & Pembarangan, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad,

“Drama ini membawa suatu variasi baru kepada tonton. Kami mahu menghubungkan penonton dengan drama yang berlandaskan kisah permusuhan dalam keluarga dengan tema suspens, hasad dengki dan kebencian. Bukan sahaja menimbulkan rasa gelisah dan ingin tahu tetapi juga dapat menyampaikan mesej di sebaliknya, iaitu mengenai nilai keutuhan dalam hubungan kekeluargaan. Suatu nilai yang amat penting pada masyarakat kita pada hari ini terutamanya dalam dunia pancaroba kini”.

Saksikan kesemua episod secara serentak, siaran eksklusif di tonton dalam Definisi Tinggi (HD)

Siaran di tonton 24 November 2017, Jumaat , 12.00pm
Durasi 15 episod x 1 jam
Siaran eksklusif untuk semua episod secara serentak (tonton First)

“Selain itu, tonton juga mensasarkan untuk menyediakan kandungan drama yang mempunyai kualiti tinggi dan dapat diakses di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Langgani tonton VIP dan rasai pengalaman siaran eksklusif semua episod secara serentak hanya di tonton”.

Tajuk Kalis Kasih
Tarikh Siaran / Hari / Waktu 24 November 2017 / Jumaat, 12.00pm
Deskripsi Siaran ekslusif kepada semua episod secara serentak 4 bulan lebih awal dari tayangan TV3
Durasi 1 jam
Episod 15
Produksi ZK Creative Sdn Bhd
Pengarah Nazir Jamaluddin
Penulis Skrip Mama Bella
Pelakon Mawar Rashid sebagai Amanda
Elvina Mohamad sebagai Dania
Amar Baharin sebagai Khair
Syazwan Zulkifly sebagai Bard

Pelakon pembantu: Nazeera Sardi, Azri Iskandar, Rosnah Johari, Anne Abdullah, Amyza Aznan, Iduerra Matilda

Untuk masa yang terhad mulai 1 November 2017, langgan tonton VIP di Malaysia dari serendah RM3 setiap hari dan nikmati pakej istimewa bulanan dengan hanya RM5 (harga normal RM10) atau nikmati pengalaman tonton sepanjang tahun hanya RM48 (harga normal RM96)!

Pakej VIP tonton menawarkan siaran langsung program, saluran premium dan arkib video lebih 30,000 jam dengan pengalaman video percuma tanpa iklan.

Untuk maklumat terkini mengenai tonton, ikuti kami di:
Facebook: tontonMY
Twitter: tontonMY
Instagram: tontonMY
Hashtag kami di #tontonMacamVIP

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

VIDEO Umum Undur Diri, Lan Tak Berdendam Dengan Kristal

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang Mesin Layan Diri BOSS VEND