in

Drama Januari Sempena Tahun Baru 2011

DRAMA JANUARI RAIKAN TAHUN BAHARU 2011 DI TV2

Bulan Januari setiap tahun dianggap bermakna kerana dalam bulan inilah semua orang mula berazam untuk sepanjang tahun yang bakal dijalani kelak. Tidak terkecuali golongan remaja yang banyak dikaitkan dengan pelbagai isu gejala sosial yang menghantui masyarakat kita kini. Anak gadis dikaitkan dengan pembuangan bayi manakala yang lelaki pula terlibat dengan aktiviti mat rempit.

Justeru pelbagai pendekatan diambil semua pihak untuk mengurangkan isu yang kurang sihat ini termasuklah menerusi medium layar skrin yang pastinya dapat dikongsi golongan remaja yang kebanyakannya lebih suka meluangkan masa menonton TV.

Prihatin dengan isu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie menarik bertajuk Januari disiarkan pada 5 Januari 2011 (Rabu), jam 1.30 petang di TV2 yang sarat pengajaran sesat dihujung jalan, pulang ke pangkal jalan. Perjalanan Aniq, Taha dan Acis hanyalah sebuag metafora alam terhadap pelbagai kisah permasalahan hidup remaja dalam menjadi seorang manusia berwawasan.

PIC DRAMA JANUARI

Lakonan Hafizuddin Hamzah, Mohd Faiz Fadzil, Afi Faris, Suhaiza Suhaimi, Fiona Bernard dan G. Pathieswaran kisahnya bermula dengan watak Taha mengetuai kumpulan budak-budak nakal di kawasan kampungnya di anggotai oleh Kumar dan Acis. Kumpulan Taha digeruni oleh semua budak-budak nakal yang lain, dan mana-mana budak yang inginkan perlindungan Taha diwajibkan membayar wang perlindungan.

Hal demikian tidak termasuk Aniq yang seringkali didatangi Taha untuk membantunya menyimpan barang-barang curian. Aniq dilindungi oleh Taha meskipun tidak membayar wang perlindungan. Aniq juga bekerja sambilan di bengkel Lobai sebagai mekanik motorsikal.

PIC DRAMA JANUARI1

Acis dalam diam menyimpan rasa tidak puas hati pada Taha yang disifatkannya tidak cukup ganas dan selalu memonopoli hasil curian tanpa memikirkan orang yang melakukan kerja tersebut. Acis bertindak keluar dari kumpulan Taha dan menubuhkan kumpulannya bersama beberapa pengikutnya.

Mereka lebih berani dan tidak teragak-agak untuk mencederakan mangsa mereka sekiranya dihalang. Acis telah menganiaya Taha dan menyebabkan Taha dihukum masuk ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 4 tahun.

Kumar menyimpan dendam pada Acis kerana telah menyebabkan Taha meninggalkan mereka dan mengambil keputusan bersemuka dengan Acis untuk membuat perhitungan.

Dalam kejadian tersebut, Acis terbunuh. Aniq yang hanya menjadi pemerhati kepada segala yang berlaku pada kawan-kawannya, meneruskan kehidupannya. Perhubungannya dengan Fitrah dihalang oleh keluarga Fitrah yang telah bertindak menghantar Fitrah menyambung pelajaran ke luar negara.

Bekerja di kedai bapa Mei menyebabkan hubungannya dengan Mei berlanjutan dari kawan pada kekasih. Bapa Mei berhasrat memberikan kedai tersebut untuk diuruskan oleh Mei dan Aniq.

Namun bagaimanakah kesudahan drama penuh pengajaran ini? Untuk mengetahui kesudahannya pastikan anda meluangkan masa menyaksikan drama Januari menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

PIC JANUARI FINALE FLYERS COPY

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Anugerah Skrin 2010

Gambar Selebriti di Anugerah Skrin 2010 Part 2