in

Drama Criminal Minds

Lebih Banyak Penyiasatan Kes Jenayah Di Musim Ke-3
Sedang mencari drama yang hebat? Kami mempunyai siri televisyen bersiri yang sesuai untuk anda! Mulai 1hb September 2008, penonton – penonton 8TV akan menikmati siri mingguan hit drama bersiri, Criminal Minds (musim Ke-3)!

Criminal Minds merupakan sebuah drama Amerika yang berkonsepkan jenayah dan dihasilkan oleh The Mark Gordon Company bersekutu dengan ABC Studios dan Rangkaian Televisyen CBS Paramount.

“Para penonton yang menggemari televisyen bersiri yang bercirikan drama dan saat-saat yang mencemaskan harus menyaksikan musim terbaru ini. Criminal Minds Musim Ke-3 menjanjikan lebih lagi drama, penjenayah-penjenayah yang kejam serta kes-kes jenayah yang masih belum diselesaikan,” kata Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pembangunan Perniagaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim

Drama Criminal Minds pada Budiey memang sangat seronok untuk ditonton. Dijangka mendapat sambutan yang hangat dari penonton-penonton 8TV dan saya rasa musim ke-3 ini pasti akan terus menghiburkan. Jadi relaks dan pulih diri anda dari kebosanan hari Isnin dengan menyaksikan Criminal Minds setiap Isnin pada jam 10.30 malam.

Criminal Minds berkisar di sekeliling sekumpulan elit FBI (Unit Analisis Kelakuan) yang menganalisis pemikiran penjenayah-penjenayah yang paling kejam di negara mereka dengan menjangkakan apakah yang akan dilakukan oleh mereka seterusnya sebelum mereka bertindak sekali lagi.

Konsep Criminal Minds berbeza dengan kebanyakan drama berprosedur sistem penjenayahan kerana ia lebih fokus kepada penjenayah-penjenayah dan bukan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

David Rossi dan kumpulannya kini kembali dengan lebih banyak lagi kes-kes penjenayah untuk disiasat dari pembunuh kannibal bersiri ke pembunuhan kumpulan bersiri dan pembunuhan remaja bersiri dan macam-macam lagi.

Mampukah mereka memberkas penjenayah–penjenayah tersebut tepat pada masanya sebelum mereka bertindak sekali lagi? Mungkinkah David dan kumpulan BAU melalui beberapa halangan?

Untuk mengetahui, jangan lupa untuk menonton 8TV dan menyaksikan Criminal Minds (musim ke-3) setiap Isnin, mulai 1hb September 2008 jam 10.30malam. 8TV juga disiarkan di Astro Saluran 708.

From left to right: Matthew Gray Gubler, Paget Brewster, Shemar Moore, Thomas Gibson, Joe Mantegna, A.J. Cook, and Kirsten Vangsness, the cast of the CBS series CRIMINAL MINDS, scheduled to air on the CBS Television Network. Photo: Monty Brinton/CBS.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik

Selamat Menyambut Ulangtahun Pertama Portal GUA