in ,

Drama Comel dan Segalanya Ku Terima di TV3

TV3 terus menghiasai kaca televisyen dengan drama-drama bersiri terbaru menemani penonton setianya. Dua buah lagi drama bermutu bakal menemui penonton berjudul Comel akan disiarkan mulai 1 April 2009, setiap hari Rabu, jam 10.00 malam manakala drama bersiri Segalanya Ku Terima akan mula ke udara pada 14 April 2009, setiap hari Selasa, jam 11.00 malam.  

Comel akan membawa penonton mengikuti pengembaraan Comel dan karektor sekelilingnya di dalam menjalani kehidupan di zaman masa kini. Latar hidup Comel yang terdidik membuatkan Comel berjaya menempuh cabaran namun adakalanya dia terjebak dengan konflik.

Drama bersiri ini juga menggambarkan Comel sebagai ikon remaja terbaru akan menyuntik nilai positif dan jati diri yang kukuh pada para remaja tersebut. Segalanya Ku Terima mengisahkan tentang Amira yang mempunyai konflik dengan keluarganya yang tidak tahan dengan sikap ayahnya yang mengatur kehidupannya. Konflik berterusan apabila musibah telah menimpa Tan Sri Amran dan ibu mereka turut menyebabkan kekacauan dalam keluarga.  

Antara pelakon-pelakon siri Comel yang membariskan pelakon-pelakon tanah air seperti Noor Hanis, Aziz M. Osman, Amy Mastura, Zami Ismail, Erin Malik, Farouk Hussin, Wan Nur Azlin, Keifli dan pelakon-pelakon ‘Segalanya Ku Terima’ seperti Raja Farah, Irma Hasmie, Hafizuddin, Azizah Mahzan, Ezany, Feroz Khan, Lan Zailan, Mak Engku, Kamaliah Md. Dom dalam sesi ramah mesra bersama mereka.

3140060912 05Bc2D0E02 | 4

Amy Mastura pelakon drama Comel

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Show Zoo Rocks The Hard Rock!

Melissa Saila Jadi Panel di Diskusi Filem Anak Emak