in , ,

Drama Cincin Pusaka, Bella – Bila Cinta Bersatu Isi Slot Kuasa 3 Malam 

Apakah rahsia di sebalik rumah kampung usang sehingga Noki dan Elisya Sandha berlumba untuk mendapatkan cincin pusaka? Anna Jobling pula ingin menceburi bidang perekaan baju? Apakah strategi pemasarannya? Anda ingin tahu apakah sebabnya? Pastikan anda tidak terlepas janji temu dengan TV9 untuk menyaksikan 2 telefilem menarik ini menerusi slot Kuasa 3 Malam!

Cincin Pusaka, 14 Disember 2021, 9.30 malam

Pelakon: Noki, Elisya Sandha, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Salamiah Hassan.

Sinopsis: Dua adik beradik yang sejak kecil sering berlumba mengalahkan satu sama lain, kini berlumba untuk mendapatkan cincin pusaka tinggalan arwah nenek mereka. Drama komedi ini akan membawa penonton bersama-sama dengan Alina dan Sofian untuk mendapatkan cincin pusaka itu di sebuah rumah  kampung usang milik nenek mereka. Alina mahukan cincin itu sebagai cincin perkahwinannya manakala Sufian mahukan cincin itu sebagai barangan antik koleksinya. Pelbagai cabaran dilalui oleh mereka dalam misi mendapatkan cincin tersebut. Akhirnya, mereka selamat tiba di rumah tersebut dan berjaya menemui kotak cincin. Apakah yang akan berlaku seterusnya? 

CP (5)

Bella – Bila Cinta Bersatu, 21 Disember 2021, 9.30 malam

Pelakon: Anna Jobling, Daniel Fong, Idris Khan

Sinopsis: Bella memperjuangkan impiannya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bermula dari hadiah sebuah mesin jahit dari Auntie Chan, ibu kepada sahabat baiknya, Alex. Bella sering membawa balik kain-kain perca dari kedai jahit Auntie Chan dan mereka pakaiannya sendiri. Bella berjaya diterima ke universiti dan menerima tempahan jahitan untuk kelangsungan hidup. Bella mengambil keputusan drastik berkahwin dengan Alex ketika masih belajar. Mereka sekali lagi terhimpit apabila Bella melahirkan anak dan mereka tidak mampu untuk membelikan susu kepada anak mereka. Bella menghasilkan rekaan baju yang mendapat sambutan meluas. Bella terpaksa mengambil tempahan yang banyak sehingga jarinya bengkak dan tidak dapat menghadiri peperiksaan. Namun, berkat kesungguhan Bella dan Alex akhirnya mereka berjaya membina empayar perniagaan mereka sendiri. 

IMG-20211201-WA0047

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mark Adam Terselamat Nyanyikan lagu Allahyarham Siti Sarah

JAY ISWAZIR

Filem Menarik Hiburan Hujung Tahun 2021 di TV2